Terbaru dari aku. Aku dah jadi gila basikal.

Bermula dengan basikal cap ayam "RockBike" yang aku sambar dari Kedai Tai Fatt Hong Kota Bharu. Masa tu aku ingat nak main biasa-biasa je. Sebab dah bosan senaman aku ni asyik jogging je. Jadi aku cuba benda baru iaitu kayuh basikal.
Basikal asal RockBike aku. Masa ni berkayuh ke Pantai Sri Tujuh.


Mula-mula aku beli aku cuba pusing kampung. Ingatkan bolehlah sama dengan kadar aku jogging di Taman Tengku Anis. Tapi rupa-rupanya kayuh basikal ni tak sama dengan jogging. Kalau jogging, kalau 4,5KM dah kira ok dah, pecah peluh sampai ke peha. Tapi kayuh basikal memang tak sama. Setakat 10km tu biasa sangat. Peluh pun tak sempat keluar (Tak tahu la orang lain sama, atau mungkin sebab aku sebelum kayuh basikal memang dah biasa jogging kot).

Jadi aku cuba panjangkan lagi jarak berkayuh. Mula-mula aku kayuh ke Pantai Cahaya Bulan (24km). Kira ok la, walaupun aku guna basikal Mountain Bike, tapi kayuh perlahan-lahan seorang diri tak ada masalah. Dan yang paling aku rasa aku boleh puji sendiri, aku boleh kayuh basikal sorang-sorang je hujung minggu. Ye lah, selalunya bila orang mula main basikal ni, pengaruh daripada kawan-kawan. Jadi bila dah ada group, senang lah nak kayuh ke mana-mana. Tapi aku dekat 6 bulan aku kayuh basikal, serius memang aku seorang je kot.

Aku pula kayuh makin jauh. Selalu dari Berek 12 ke Padang Tembak (Dalam 25km), lepas tu aku cuba pergi ke Pantai Irama, Bachok (40km) dan aku rasa paling jauh aku pergi dari Berek 12 ke Pantai Seri Tujuh (55km). Tapi memang, bila kayuh dalam group sebenarnya lebih bagus. Kadang-kadang boleh demotivated bila kita tertinggal seminggu dua berkayuh. Tapi mengenangkan harga aku beli basikal macam tak balik modal lagi (Ye, aku memang berkira), aku teruskan berkayuh.

Sampailah aku jumpa saudara jauh aku tinggal kat Kampung Banggol di Taman Perbandaran Tengku Anis. Masa tu aku baru lepas jogging. Tapi terjumpa saudara aku ni, Alan nama dia, sedang bawa anak-anak dia berjalan. Kebetulan aku teringat yang dia pun main basikal. Alhamdulillah, rupa-rupa sampai sekarang pun dia main lagi. Cuba dia lagi maju la, ada Road bike dengan MTB. Kalau dia rasa nak main atas jalan tar, dia kayuh guna roadbike, kalau nak rasa makan tanah, dia guna Mountain. Kemudian lepas aku cerita yang aku tak ada group lagi main basikal, dia pun ajak aku join group. Aku pun apa lagi, macam orang mengantuk disorongkan tilam Vono la, terus setuju.

Basikal aku selepas tukar Frame Giant dan tukar Handlebar dan Stem.


Sekarang aku dah upgrade sikit-sikit basikal (Banyak sebenarnya). Mula-mula beli Padle clipless, kemudian tukar frame ke Giant ATX Pro. Kemudian ubahsuai lagi bubuh stem dan handle carbon FSA. Sekarang ni basikal aku kat kedai sebab nak upgrade groupset ke Deore dan tukar rim kepada Mavic. Kiranya sekarang ni Fork je la yang lama. Sebab menatang fork ni mahal. Aku nak beli takut bising pulak wife aku.Huhuhu.

Jumaat ni (21 Mac 2014) kali pertama aku akan ride hardtail dalam group. Harap-harap semua berjalan dengan lancarlah hendaknya. Amin.

Kegemukan

Bila dah kahwin ni pergerakan jadi terbatas. Terbatas bukan sebab apa pun, baju-baju dah ada orang gosok, sarapan dah ada orang sediakan, baju dah ada orang tolong basuhkan dan bermacam-macam lagi. Patutlah ramai aku tengok kawan-kawan yang dah kahwin mesti badan naik macam di pam-pam.

Semalam aku timbang berat badan, memang dah berat sangat dah. Nampak kena ikhtiar cari cara untuk kuruskan badan balik. Aku bukannya apa, aku ni tak handsome kalau gemuk.Hahahaha.

Petang ni insyallah akan turun jogging sambil melihat alam dan mencairkan lemak yang semakin tepu ni. Calowwww

Aku dah kawin. yeayyyy

Sambil-sambil tengok blog yang bersawang ni, aku nak update cerita tentang aku sikit. Salah satunya tentang aku dah selamat melangsungkan perkahwinan pada 8hb Feb 2013 dengan isteri tersayang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, bonggol-bonggol sikit tu adalah, tapi tak ada lah sampai berlubang.

Selepas kahwin ni biasalah, hidup pun macam dah berubah dari seorang yang lone ranger, tak keluar bilik dan duduk mengadap internet senantiasa masa, kepada duduk di dapur, tolong-tolong isteri masak dan mengemas rumah. Adik-beradik dan mak aku pun semakin galak bercerita yang aku dah berubah sejak ada isteri. (Damn).

Tapi memang betul orang kata, hidup sebagai suami isteri ni macam duduk atas sampan yang terapung atas sungai. Tak boleh nak senget ke kiri sangat, ke kanan sangat. Cuma betul-betul kat tengah. Tak boleh nak keras kepala sangat, nak berlembut sangat.

Sekarang pun aku terpaksa makin banyak baca artikel tentang kehidupan berumah tangga. Bukan senang nak membina keluarga. Kalau setakat nak berumah tangga, tambah anak, rasanya semua orang boleh buat. Tapi yang mencabar ialah nak membina generasi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat, agama bangsa dan negara. Apa guna ada anak, tapi anak tak reti solat, tak faham agama, tak reti sejarah negara dan tak ada semangat patriotisma. Lagipun aku ni orang biasa, pencapaian pun biasa-biasa saja, nak bagitahu orang pun rasanya tak ada pun yang menarik. Jadi, aku mesti nak cuba hasilkan generasi yang luar biasa sikit. Sekurang-kurang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Ewah, dah sampai ke fikir nak buat generasi dah aku sekarang, anak seorang pun tak ada lagi.hahahah. Kurang-kurang ada impian kan.Dari impianlah bermulanya cita-cita. Haippp, sambung lain kali pula.


Aku dah dewasa dan hensem



Meninjau kembali ke dalam blog aku yang dah lama tak di conteng. Sejak aku beli Samsung Galaxy Tab, lagi susah aku nak nak conteng-conteng dalam blog ni sebab aku tak suka sangat menaip guna touch screen. Tapi walaubagaimanapun aku masih lagi cuba untuk luangkan masa tinjau-tinjau keadaan blog aku sambil baca link blog yang ada kat bog ni (jangan ingat aku tak baca hokeyy). Lepas tu dengan adanya Facebook, aku lagi suka sebab aku boleh keluarkan pendapat aku dan dapat maklumbalas dengan cepat dan berdesup.

Ok, dah setahun lebih aku kerja sebagai penjawat kerajaan. Alhamdulillah, Allah Maha Kaya, segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya aku dah macam badak hippo masuk supermarket. Ye lah, dah biasa jadi eksekutif, yang mana kerja perlu disiapkan dari A sampai Z. Dari buat perancangan kerja, mintak draf, telefon pelanggan, buat audit kewangan, buat audit lapangan, siapkan draf audit sampai ke peringkat  hantar laporan kewangan kepada pelanggan. Nasib baik kutip hutang tak termasuk dalam skop kerja aku.

Tapi beza bila masuk jadi Pegawai, masuk tu memang canggung habis. Nak buat kerja apa pun tak tahu. Akhirnya aku belek-belek fail je. Lagi-lagi ni jawatan baru. Aku tanya orang lain pun, orang lain pun tak boleh nak jawab sebab jawatan aku tak pernah wujud lagi. Lagi-lagi jadi pegawai, lagilah orang anggap kita tahu semua benda walhal kadang-kadang terpaksa buat muka confident badak. Maka merangkak-rangkaklah aku buka fail-fail lama yang aku boleh buat rujukan. Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar pegawai-pegawai lain dan pegawai atas  aku yang sporting-morting, akhirnya banyak kerja aku dah boleh selesaikan.

Dan selepas masuk kerja nilah aku lebih banyak masa untuk buat perkara yang aku suka. Sekarang aku dah kembali aktif dengan Askar Wataniah. Yeayyyy. Kira ok la, elaun masuk bulan-bulan. Tengah kering, tiba-tiba cucuk duit, ada duit masuk, Alhamdulillah. Tu yang aku rasa sepanjang hidup aku i cam dah banyak yang mudah. Tapi takut juga aku kalau-kalau tiba-tiba Allah bagi test market dekat aku, bedebuukkkk jatuh. Nauzubillah.

Eh, ada kerja nak kena buat. Selamba je aku guna komputer pejabat buat tulis blog.hahahaha

Hobi Baru

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Sekarang aku banyak tumpukan kepada projek baru iaitu projek penanaman cili. Insyallah segala perkembangan mengenai cili akan aku muatkan di sebuah blog. Klik di sini utk mengunjungi.

Sekarang juga tengah hangat nak pilihanraya di Malaysia ni. Jadi biasalah, isu-isu pun banyak yang timbul. Jadi rasanya lebih baik aku melihat dari jauh, Untuk mengikuti segala sepak terajang dalam politik, bagi aku tiada faedahnya.

Dan sekarang juga tengah fikir untuk tambah dana untuk perkahwinan aku. Hehehehe. Doakan semoga aku dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh serta dipanjang umur. Terlalu banyak yang aku rancang dalam kehidupan ni. Hanya kepada Allah saja aku berserah. Subhanallah.
Alhamdulillah....

Pada 16hb Mac 2012 aku telah ditunangkan dengan Wan Nur Aisyah bt Wan Draman dalam sebuah majlis ringkas. Pening kepala sebenarnya nak bertunang ni. Aku ingatkan senang saja, cakap-cakap sikit, makan-makan dan balik. Rupa-rupanya  bukan semudah itu. Orang Melayu yang begitu terkenal dengan adatnya, banyak persiapan yang perlu dibuat.

Bagaimanapun aku berdoa supaya aku dipanjangkan umur, dipanjang jodoh serta dimurahkan rezeki hendaknya. Aminnnn

Catatan. ringkas

Blog kesayanganku dah berhabuk. Lama sangat tak update lepas laptop aku rosak. hmm, banyak sangat yang terjadi daripost aku yang terakhir. Contohnya aku dah tukar kerja, beli Samsung Tab Galaxy 10.1dan tak termasuk pelbagai isu semasa yang melanda. apa-apa pun aku harap supaya diri aku sukses dalam hidup. Perlu serius untuk menjadi seorang anak, seorang bakal suami dan seorang bakal bapa.