Terbaru dari aku. Aku dah jadi gila basikal.

Bermula dengan basikal cap ayam "RockBike" yang aku sambar dari Kedai Tai Fatt Hong Kota Bharu. Masa tu aku ingat nak main biasa-biasa je. Sebab dah bosan senaman aku ni asyik jogging je. Jadi aku cuba benda baru iaitu kayuh basikal.
Basikal asal RockBike aku. Masa ni berkayuh ke Pantai Sri Tujuh.


Mula-mula aku beli aku cuba pusing kampung. Ingatkan bolehlah sama dengan kadar aku jogging di Taman Tengku Anis. Tapi rupa-rupanya kayuh basikal ni tak sama dengan jogging. Kalau jogging, kalau 4,5KM dah kira ok dah, pecah peluh sampai ke peha. Tapi kayuh basikal memang tak sama. Setakat 10km tu biasa sangat. Peluh pun tak sempat keluar (Tak tahu la orang lain sama, atau mungkin sebab aku sebelum kayuh basikal memang dah biasa jogging kot).

Jadi aku cuba panjangkan lagi jarak berkayuh. Mula-mula aku kayuh ke Pantai Cahaya Bulan (24km). Kira ok la, walaupun aku guna basikal Mountain Bike, tapi kayuh perlahan-lahan seorang diri tak ada masalah. Dan yang paling aku rasa aku boleh puji sendiri, aku boleh kayuh basikal sorang-sorang je hujung minggu. Ye lah, selalunya bila orang mula main basikal ni, pengaruh daripada kawan-kawan. Jadi bila dah ada group, senang lah nak kayuh ke mana-mana. Tapi aku dekat 6 bulan aku kayuh basikal, serius memang aku seorang je kot.

Aku pula kayuh makin jauh. Selalu dari Berek 12 ke Padang Tembak (Dalam 25km), lepas tu aku cuba pergi ke Pantai Irama, Bachok (40km) dan aku rasa paling jauh aku pergi dari Berek 12 ke Pantai Seri Tujuh (55km). Tapi memang, bila kayuh dalam group sebenarnya lebih bagus. Kadang-kadang boleh demotivated bila kita tertinggal seminggu dua berkayuh. Tapi mengenangkan harga aku beli basikal macam tak balik modal lagi (Ye, aku memang berkira), aku teruskan berkayuh.

Sampailah aku jumpa saudara jauh aku tinggal kat Kampung Banggol di Taman Perbandaran Tengku Anis. Masa tu aku baru lepas jogging. Tapi terjumpa saudara aku ni, Alan nama dia, sedang bawa anak-anak dia berjalan. Kebetulan aku teringat yang dia pun main basikal. Alhamdulillah, rupa-rupa sampai sekarang pun dia main lagi. Cuba dia lagi maju la, ada Road bike dengan MTB. Kalau dia rasa nak main atas jalan tar, dia kayuh guna roadbike, kalau nak rasa makan tanah, dia guna Mountain. Kemudian lepas aku cerita yang aku tak ada group lagi main basikal, dia pun ajak aku join group. Aku pun apa lagi, macam orang mengantuk disorongkan tilam Vono la, terus setuju.

Basikal aku selepas tukar Frame Giant dan tukar Handlebar dan Stem.


Sekarang aku dah upgrade sikit-sikit basikal (Banyak sebenarnya). Mula-mula beli Padle clipless, kemudian tukar frame ke Giant ATX Pro. Kemudian ubahsuai lagi bubuh stem dan handle carbon FSA. Sekarang ni basikal aku kat kedai sebab nak upgrade groupset ke Deore dan tukar rim kepada Mavic. Kiranya sekarang ni Fork je la yang lama. Sebab menatang fork ni mahal. Aku nak beli takut bising pulak wife aku.Huhuhu.

Jumaat ni (21 Mac 2014) kali pertama aku akan ride hardtail dalam group. Harap-harap semua berjalan dengan lancarlah hendaknya. Amin.