Kawan aku ajak pergi minum malam tu macam biasa. Aku memang kalau tiap-tiap hujung minggu, mula pukul 11 malam, aku mesti keluar minum. Biasalah, bila dapat lesen keluar malam, tengah-tengah malam jadi susah nak tidur. Ada saja aktiviti malam nak di buat.
Malam ini lain jadinya. Minum malam yang selalunya banyak ketawa, jadi malam yang serius. Kalau tengok muka aku masa tu, mungkin dah boleh jadi pelakon Gerak Khas. Al-Kisahnya mengenai sahabat aku yang mengadu tentang iparnya yang sudah ketagih Pil Kuda.
Siapa tak susah hati kalau adik yang disayang-sayang, suaminya jadi penagih dadah. Aku tahu, kalau dah jadi tahi dadah, kerja malas, boleh mencuri pula tu. Tak payah di nafi lagi, memang kebanyakan si tahi dadah ni panjang tangan. Sahabat aku tu cerita yang iparnya dah mula mencuri di kawasan-kawasan sekitar sampai hilang semua wayar-wayar tembaga dan barang-barang yang diperbuat daripada besi.
Aku pun dah jadi bingung, rasa berat mata memandang walhal berat lagi bahu sahabatku yang memikul. Aku pun pening apa perlu di buat. Lapor poliskah? Masuk U-Serenti pula nanti. Nak dipukul? Selesaikah masalah? Cerita ni perlu di jadi iktibar lebih-lebih lagi kepada semua lelaki. Jauhilah si najis dadah walau dalam bentuk apa pun. Yang pil ke,yang serbuk, yang cair, yang kecik, yang besar, hasilnya tetap sama, "si mayat hidup".
guess i know who`s story it is..
bro,sampai sekarang pun sahabatmu itu dlm keadaan serba salah sbb berbulan2 x bertegur dgn adik & ipar sendiri walhal tinggal sebumbung..maybe one day,dia akan pergi jauuh dari sini demi keselesaan adik dia