Termenung-menung aku di depan monitor, ditemani Working paper yang dari tadi setia menunggu kalau-kalau ada "adjustment"yang perlu aku buat. Tetapi ternyata hampa. Aku hanya sibuk mengklik dari satu tab ke satu tab. Mata aku kosong melihat angka-angka di depan mata aku tanpa otak sebelah kiri aku bergerak dek tak ada tindak balas sel-sel otak. Teringat aku  iklan susu kanak-kanak, bila minum saja susu tu, macam di cas pengecas handset Nokia lagaknya, bersimpang siur zarah-zarah elektrik di dalam otak budak itu, lantas terlalu cerdik hingga mampu melukis gambar bintang bendera Israel.

Musim sibuk datang lagi tak berjemput. Hari sabtu dah lagak jadi macam hari rabu. Hari mingguku hanyalah pada jumaat yang satu. Kerja-kerja ni aku kena siapkan sebelum hujung bulan ni. Sebelum aku dapat lagi satu gaji. Sebelum aku kena taji, baik aku siapkan tanpa henti.

Dalam diam aku membuka laci meja aku yang tak pernah kemas, terpancarlah satu sampul surat kuning yang begitu kacak di mata aku, mengandungi satu salinan resume. Dan tiba-tiba aku tersenyum seperti lembu kenyang...
0 Responses