Meninjau kembali ke dalam blog aku yang dah lama tak di conteng. Sejak aku beli Samsung Galaxy Tab, lagi susah aku nak nak conteng-conteng dalam blog ni sebab aku tak suka sangat menaip guna touch screen. Tapi walaubagaimanapun aku masih lagi cuba untuk luangkan masa tinjau-tinjau keadaan blog aku sambil baca link blog yang ada kat bog ni (jangan ingat aku tak baca hokeyy). Lepas tu dengan adanya Facebook, aku lagi suka sebab aku boleh keluarkan pendapat aku dan dapat maklumbalas dengan cepat dan berdesup.
Ok, dah setahun lebih aku kerja sebagai penjawat kerajaan. Alhamdulillah, Allah Maha Kaya, segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya aku dah macam badak hippo masuk supermarket. Ye lah, dah biasa jadi eksekutif, yang mana kerja perlu disiapkan dari A sampai Z. Dari buat perancangan kerja, mintak draf, telefon pelanggan, buat audit kewangan, buat audit lapangan, siapkan draf audit sampai ke peringkat hantar laporan kewangan kepada pelanggan. Nasib baik kutip hutang tak termasuk dalam skop kerja aku.
Tapi beza bila masuk jadi Pegawai, masuk tu memang canggung habis. Nak buat kerja apa pun tak tahu. Akhirnya aku belek-belek fail je. Lagi-lagi ni jawatan baru. Aku tanya orang lain pun, orang lain pun tak boleh nak jawab sebab jawatan aku tak pernah wujud lagi. Lagi-lagi jadi pegawai, lagilah orang anggap kita tahu semua benda walhal kadang-kadang terpaksa buat muka confident badak. Maka merangkak-rangkaklah aku buka fail-fail lama yang aku boleh buat rujukan. Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar pegawai-pegawai lain dan pegawai atas aku yang sporting-morting, akhirnya banyak kerja aku dah boleh selesaikan.
Dan selepas masuk kerja nilah aku lebih banyak masa untuk buat perkara yang aku suka. Sekarang aku dah kembali aktif dengan Askar Wataniah. Yeayyyy. Kira ok la, elaun masuk bulan-bulan. Tengah kering, tiba-tiba cucuk duit, ada duit masuk, Alhamdulillah. Tu yang aku rasa sepanjang hidup aku i cam dah banyak yang mudah. Tapi takut juga aku kalau-kalau tiba-tiba Allah bagi test market dekat aku, bedebuukkkk jatuh. Nauzubillah.
Eh, ada kerja nak kena buat. Selamba je aku guna komputer pejabat buat tulis blog.hahahaha
Catat Ulasan