Sekarang heboh cerita pasal penangkapan Dr Asri. Kebanyakan blog-blog yang saya kunjungi melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan JAIS yang kelihatan cepat dalam membuat tangkapan terhadap Dr Asri. Sebabnya senang,tidak ada tauliah dari JAIS untuk menyampaikan ceramah di negeri Selangor.
Dr Asri adalah seorang bekas mufti di negeri Perlis dan sekarang menjadi pensyarah di USM. Hairan juga dengan status yang begitu hebat, tauliah itu masih menjadi ukuran. Saya merupakan pengkagum ceramah-ceramah beliau yang kelihatan begitu berani dalam memberikan pandangan. Bukan kerana dia bekas pelajar Kolej Islam Klang (sebab ada juga bekas KIK yang jadi songsang) tapi kerana beliau ternyata mempunyai pendirian yang teguh serta dikagumi oleh pelbagai pihak.
Ahli-ahli politik, tidak kira dari kerajaan dan pembangkang, sentiasa menjadikan kata-kata Dr Asri sebagai teguran yang membina bagi menjadikan Islam terus subur di bumi Malaysia yang dicintai ini.. Walaupun beliau sentiasa dipalit dengan kontroversi, tapi saya melihat itu adalah cabaran bagi seorang yang menyokong kepada pembaharuan, yang sentiasa menyeru untuk kembali kepada Al-Qurán dan Sunnah, seruan kepada membebaskan diri daripada amalan yang tidak disandarkan kepada Islam.
Adakah ini ada kaitan dengan Persatuan Peguam Syarie yang menghantar satu memorandum kepada Yang Dipertuan Agong bagi menyatakan bantahan dengan cadangan perlantikan Dr Asri sebagai Yang Dipertua YADIM (Yayasan Dakwah Islam Malaysia)? Ternyata dilihat memorandum itu mengandungi tuduhan yang tidak berasas serta tidak dibuktikan dengan bukti yang konkrit. Malu melihat peguam syarie yang kononnya mempunyai tahap profesionalisma yang tinggi tetapi menyatakan tuduhan dengan tanpa asas yang kukuh.
Cadangan kepada JAIS, kenapa tidak ditangkap sahaja aktivis Sister In Islam yang dilihat terlalu mempersoalkan ajaran-ajaran Islam sehinggakan menganggap memakai tudung adalah bukan dari ajaran Islam. Tangkap juga si Raja Petra yang begitu hebat dalam mengeluarkan pendapat secara membuta-tuli dengan hanya membaca tafsir Al-Qurán dan hadis serta logik semata-mata. Sambil-sambil itu, pergilah tangkap sekali pemuda-pemudi Islam yang tunggang terbalik minum arak di disco-disco dan kelab-kelab malam di Selangor. Tangkap orang Islam yang dengan tanpa segan dan silu beratur untuk membeli tiket nombor ekor di premis-premis judi.
Itu dilihat ternyata lebih "adil" daripada menangkap seorang ulamak yang mengajar ilmu agama.
Tapi ada juga yang semacam gembira dengan penangkapan Dr Asri (walaupun tidak dinyatakan dengan terang), contohnya blog si Penulis Muda yang kononnya bukan Syiah, walhal bertimbun-timbun doktrin Syiah di dalamnya. Saya berani kata, pengunjung blog itu tidak akan sama sekali menjumpai Si penulis muda ini memuji Saidina Umar dan Saidatina Aisyah walaupun blognya penuh dengan unsur-unsur agama. Standard seorang syiah, apalah sangat. Tapi peminatnya bukan sedikit tahu.
Catat Ulasan