Seorang gadis bertanya kepada seorang pendakwah,
“Kenapa kita perlu bertegang urat, mendabik dada, seolah-olah hanya agama kita yang betul? Kenapa tidak perlu ambil apa yang baik, buang yang tidak baik dalam setiap agama dan kita lahirkan satu agama yang baru,jadikan agama yang sempurna dan tidak ada cacat-cela.”
Orang ramai bersorak dan bertepuk tangan tanda menyokong kenyataan gadis tersebut.
Dengan tenang pendakwah itu menjawab,
“Ya, satu kenyataan yang bagus, tapi siapakah yang layak untuk mengadili bahawa sesuatu perkara itu baik atau buruk? Di Amerika, memakai skirt mini adalah biasa, di India dan Malaysia ia bukanlah satu kebiasaan. Di Netherland, ganja dibenarkan untuk dijual di tempat-tempat awam, tetapi tidak di Amerika, Singapura dan China. Pelacuran adalah dihalalkan bagi penduduk di Thailand dan Belanda dan tidak di negara di Timur Tengah, Malaysia dan Singapura. Jadi, bolehkah anda mengadili Negara manakah yang telah menggubal undang-undang yang paling bagus dan tepat?
Jadi untuk menjawab persoalan ini, kita hendaklah mengetahui siapakah yang paling tahu apa yang baik, atau buruk bagi setiap ciptaan atau alat? Sudah tentulah jawapannya si pereka, si pencipta atau si pengeluar. Jadi dalam kontek manusia, ialahTuhan.
Jadi bagaimana untuk mencari Tuhan? Jadi mestilah dengan mencari agama yang betul, yang betul-betul membawa kepada Tuhan. Jalan yang salah tentu tidak akan membawa anda kepada jalan yang betul.
Timbul pula persoalan, bagaimana untuk mencari agama yang betul? Agama yang betul sudah tentu mempunyai kata-kata Tuhan. Kata-kata Tuhan mestilah betul dan tepat dan tidak sama sekali mengandungi kesalahan kecil dan besar. Kata-kata Tuhan juga mestilah tidak mengandungi sebarang perkara yang bertentangan dengan fakta yang telah terbukti. Mustahil bagi Tuhan untuk tidak mengetahui hakikat sebenar makhlukNya.
Jadi dimanakah untuk kita menyelidik kata-kata Tuhan? Sudah tentu melalui kitab suci dan doktrin-doktrin. Dalam agama Hindu, mereka mempunyai Kitab Veda, Kristian mempunyai Bible, Yahudi ada kitab Torah dan bagi orang Islam seperti saya, Kitab Suci Al-Qurán, The do’s and don’ts.
Tapi Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi seorang Muslim, saya tidak pernah menjumpai sepatah ayat pun mempunyai kesalahan saintifik di dalam Al-Qurán malahan Al-Qurán telah membuktikan bahawa semua fakta yang telah di kemukakan adalah menepati dengan fakta yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik.
Contohnya melalui :
Surah Anbiya, Surah 21,ayat ke-30 -fakta mengenai Teori Bigbang
Surah An-Naziát, Surah 79, ayat ke-32, Gunung sebagai pasak untuk menstabilkan bumi
Surah Ar-Ra’ad Surah 13 Ayat ke-2- Langit tinggi tidak bertiang.
dan, Surah Nur, Surah 24, Ayat 43,
Surah Rum, Surah 30,Ayat 48,
Surah Al-Zumar, Surah 39, Ayat 21,
Surah Muminun, Surah 23, Ayat 18- mengenai kitaran hujan.
Surah Al-Furqan Surah 25, Ayat 53- lautan yang mengandungi air masin dan air tawar dan tidak bercampur antara satu sama lain.
Surah An-Naziát, Surah 79, ayat ke-32, Gunung sebagai pasak untuk menstabilkan bumi
Surah Ar-Ra’ad Surah 13 Ayat ke-2- Langit tinggi tidak bertiang.
dan, Surah Nur, Surah 24, Ayat 43,
Surah Rum, Surah 30,Ayat 48,
Surah Al-Zumar, Surah 39, Ayat 21,
Surah Muminun, Surah 23, Ayat 18- mengenai kitaran hujan.
Surah Al-Furqan Surah 25, Ayat 53- lautan yang mengandungi air masin dan air tawar dan tidak bercampur antara satu sama lain.
Dan beribu lagi fakta yang ternyata terkehadapan berbanding ilmu yang ada pada 1400 tahun dahulu. Yang lagi penting, fakta ini tidak pernah salah dan telah terbukti benar.
Dan katalah bahawa Allah itu Satu, Allah itu tumpuan bagi sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Tidak Dia beranak dan tidak pula dia Diperanakkan, dan tiada pun yang serupa denganNya.
P/S: Artikel ini diambil dan diubahsuai dari ceramah Dr. Zakir Naik.
Catat Ulasan