Altec Lansing VS4621. Berbaloi-baloi

Pada hari minggu yang lepas, aku telah membeli sebuah subwoofer Altec Lansing model VS4621. Secara keseluruhan aku agak berpuas hati membeli subwoofer ni. Bunyi Bass yang agak kuat serta detail bunyi yang agak tajam, pasti memuaskan hati bila digunakan untuk menonton movie di laptop, pc ataupun di tab.

Pada awalnya aku nak ambil Edifier Predator sebab bentuknya yang Sci-fi iaitu berbentuk seperti kapal terbang tanpa pemandu US Predator, namun agak mengecewakan kerana bunyi yang terhasil bila disambung pada telefon bimbit agak perlahan. Namun bunyi yang lebih baik bila disambungkan dengan PC. Oleh kerana aku akan lebih banyak menggunakan woofer untuk disambungkan dengan telefon bimbit atau tab, terpaksalah aku membatalkan hasrat aku.

Namun begitu, pembesar suara Altec Lansing model ini ada kekurangan jika digunakan untuk mendengar lagu pada tempoh yang lama. Bunyi bass yang terlalu kuat kadang-kadang merencatkan lagu yang dipasang.

Harga adalah berpatutan berbanding dengan  kualiti bunyi yang dihasilkan. Seperti mana-mana produk keluaran Altec Lansing, subwoofer ini memang tidak mengecewakan. Sekarang aku berkira-kira untuk membeli Bluetooth supaya lagu dapat terus dipasang tanpa perlu menyambungkan telefon bimbit di speaker.



http://76.my/Malaysia/altec-lansing-2-1-speaker-vs4621-blk-chocobozz-1103-05-Chocobozz@1126.jpg
0 Responses