Akhirnya barang yang aku order dah selamat sampai ke pangkuan walaupun pos laju dah terlambat dua hari (pos 6hb, 8hb baru sampai),
Ok, Avantree Saturn Bluetoogh Receiver and Transmitter ni kegunaan dia untuk menerima atau menghantar pancaran Bluetooth kalau satu-satu peralatan tu sebelum ni tak ada Bluetooth. Macam post aku yang lepas, aku dah beli sebuah speaker Altec Lansing yang tak ada Bluetooth, yakni yang tidak membolehkan aku pasang lagu tanpa sambung wayar terus ke speaker.
Jadi, bila dah ada alat ni, aku hanya perlu cucuk pada longjack 3.5mm speaker dan tekan butang power untuk pasangkan fungsi alat ni. Bila dah pasang, telefon bimbit atau tab aku akan mengesan bluetooth yang dipancarkan oleh alat ni dan seterusnya buat "pairing". Bila dah "pair", speaker aku terus boleh dengar lagu yang aku pasang dari telefon bimbit atau tab. Senangkan? Tak payah nak melekat telefon bimbit aku dekat speaker semata-mata nak dengar lagu atau pasang orang mengaji Al-Qur'an. Sambil dengar sambil boleh Whatsapp dengan kawan-kawan. Harga alat ni agak mahal dalam RM100.00. Tapi bagi sesiapa yang nak alat lebih kurang macam ni, banyak lagi jenama lain yang aku rasa lebih baik macam Sonic Gear harga lebih kurang RM70 dengan kelebihan ada butang Berhenti, Main, Seterusnya dan Sebelum.
Sekian sahaja berkenaan Bluetooth ni. Cuma aku tak sempat nak jelaskan bagaimana Bluetooth ni boleh Trasmit data sebab aku pun tak pernah guna. Sekian.

Catat Ulasan