Penggunaan GPS Bagi Pelari dan Pengayuh Basikal

Sejak akhir-akhir ni aku tengok semakin ramai yang serius dalam melakukan penjagaan kesihatan. Dengan keadaan masyarakat Malaysia yang sangat kaya dengan segala jenis makanan, tak hairan aku katakan telah mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada masyarakat. Statistik juga telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia merupakan rakyat yang paling gemuk di Asia Tenggara mengatasi Singapura.

Antara senaman yang sangat popular bagi individu yang ingin berjinak-jinak dalam penjagaan kesihatan ialah berlari atau berjogging. Berlari atau berjogging menjadi senaman yang popular mungkin disebabkan oleh kosnya murah dan tidak memerlukan peralatan yang mahal untuk dilakukan. Cukup ada pakaian yang sesuai serta kasut yang sesuai, kita boleh terus memulakan senaman.

Tapi bagi pelari yang serius serta ingin memantau prestasi larian, antara perkara yang boleh diambil pertimbangan untuk meningkatkan lagi kualiti senaman ialah dengan menggunakan GPS (Global Positioning System). GPS selalunya dipancarkan terus daripada telefon pintar ataupun jam tangan yang dilengkapi oleh GPS. Antara aplikasi yang selalu digunakan oleh pelari ialah Strava, Endomondo, Sport Tracker dan MapsMyRun.


Strava
 


Selalunya aplikasi ini boleh dilengkap dengan penggunaan Pemantauan Denyutan Jantung, HRM (Heart Rate Monitor) iaitu alat untuk memantau denyutan jantung sewaktu senaman dilakukan. Segala rekod mengenai denyutan jantung akan di salurkan terus ke dalam telefon bimbit dan kita akan melihat prestasi jantung selepas selesai larian dilakukan.   Penggunaan aplikasi ini juga boleh digunakan bagi individu yang berbasikal.




Namun bagi pelari yang lebih serius, menggunakan jam tangan yang dilengkapi GPS, Pemantau Denyutan Jantung (HRM), Penggunaan Kalori, Jarak Larian, Laju Larian  dan lain-lain lagi adalah lebih diminati. Antara jam yang berada di pasaran ialah Garmin Forerunner, Sigma, Suunto, Polar, Nike dan banyak lagi. Namun jam yang agak popular ialah Garmin Forerunner. Segala maklumat yang direkod di dalam jam tersebut boleh di muatnaik di telefon bimbit dan akaun Garmin Connect. Segala maklumat mengenai larian akan dipaparkan dan disimpan di dalam akaun tersebut. Maka anda akan dapat memantau keseluruhan prestasi larian bagi satu-satu tempoh yang tertentu.


Garmin Forerunner 210
Suunto Quest



Di harapkan dengan penggunaan alat-alat ini akan dapat memotivasikan lagi individu-individu yang terus menjadikan senaman sebagai satu gaya hidup yang sihat. Namun, kesan senaman ini akan dapat dilihat jika individu terus mengambil pemakanan yang sihat serta mengekalkan emosi yang stabil.

0 Responses