Jarum penimbang yang tak bergerak-gerak



Tadi saya baru lepas timbang berat badan saya. Hai, masih lagi di takuk lama. Jarum tak bergerak sedikit pun. Mungkin perlu usaha lebih. Mungkin dari 3 pusingan taman berjogging, perlu ditambah 20,30 pusingan lagi (alamatnya sampai ke ICUlah aku)

Gelora nafsu saya di pejabat kadang-kadang tak mampu di tahan. Minum petang dengan kuih yang menyelerakan, memang betul-betul membuat hati tergoda. Di tambah pula dengan kebanyakan kuih-kuih yang bergoreng, lagilah menarik laju saya ke pinggan kuih. Kuih cek mek (kuih tradisi Kelantan), karipap sardin, keropok lekor dan cucur pisang seperti memanggil-manggil apabila di hidang.

Saya terbaca satu artikel, kebanyakan orang yang makan, bukan disebabkan mereka lapar, tapi disebabkan mereka hanya saja-saja mahu makan. Terkena atas kepala sendiri. Adoiiiii!!!
4 Responses
  1. aaffan
    masih berjuang ya untuk mengurangkan berat badan..hehe
    memang kena disiplin tahap tinggi punya...nak kurangkan berat badan ni, samala macam nak mengawal perbelanjaan..kena jauhkan diri dari sebarang trigger...

    p/s: luahan sorang yang ad masalah berat badan juga =)


  2. sila jgn cepat tergoda pada makanan!!


  3. saiful Says:

    makanan free affan.jgn lepaskan..
    hahaha..berat sikit jaa..
    kne rajin buat c-up ja..
    ok la balik tul..


  4. Mocha Ghost Says:

    salah: saya baru perasan. memang dah smakin mengembang. kawan2 pun tanya. aduhai. dah jogging 3 kali seminggu. tapi tak berhasil. sbb tak jaga makan punya pasal

    Cik Shikin: kadang2 makanan lagi seksi dari wanita.hahaha

    EPui: sit up dah wat 60x tau tiap2 kali pas jogging tau. tapi takut jugak kot effect tulang belakang