Seribu tahniah kepada sahabat-sahabat, Imran Koyube dan gengnya tabloid "IluvIslam" memang sangat dinanti peminat-peminatnya. Memang kamu semua orang yang hebat. Bermula hanya dari perbincangan, kemudian berkembang menjadi semakin gah. Semoga Allah memberkati usaha kalian.
Itulah lumrah alam. Ada sahabat yang duduk terlalu tinggi sehingga tidak tercapai walhal hujung sepatunya sekalipun. Tetapi ada pula sahabat yang jatuh ke lubang yang terlalu dalam hingga walau dihulur tali yang berkilo-kilo meter panjangnya pun tak dapat dicapai mereka dek kerana terlalu mengikuti hawa nafsu.
Tapi kita di sini teruskan usaha yang kecil ini (mungkin langsung tidak dipandang hujung mata sekalipun). Umpama burung kecil yang membawa air ke dalam mulut sewaktu cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s., walaupun tidak mampu memadamkan api yang marak itu, tetapi usaha itulah yang dijadikan bekalan bila disoal di akhirat kelak.
Hamdan Lillah, aaffan marilah bersama maju kan iluvislam di kelantan jom!
Dah beli surat khabar ili terbaru, nak.. nanti meeting Apan bw deh.. =p
Fardhu Kifayah milik semua! Demi Memperkasakan Fardhu ain amanat kita!
Insyallah. Nanti meeting susun elok2 apa yang perlu dibuat. jangan sia2kan pertemuan kita. lagipun bukan senang kita nak jumpa ngan ahli2 meeting