Kelantan sebagaimana yang kita tahu antara negeri yang paling ramai di huni oleh orang Melayu iaitu hampir 95% dari keseluruhan penduduk. Kebanyakan penduduknya adalah peniaga, petani, dan juga nelayan dan kebanyakan berkhidmat di sektor awam.
Walaupun kebanyakan IPTA-IPTA di negara ini di dominasi oleh Kelantan, tapi masih ramai orang Kelantan yang nampak macam malas nak bergaul dengan pelajar yang datang dari negeri lain. Sebab itu selalunya orang Kelantan nampak macam terlalu asabiyah atau berpuak-puak dan hanya ingin bergaul dengan sesama mereka saja.
Walaupun ramai yang cakap orang Kelantan ni terlalu sombong atau megah dengan negeri sendiri sampai tak mahu nak berkawan dengan orang negeri lain, sebenarnya pandangan tu agak silap. Walaupun penggunaan istilah "sek kita" terlalu menebal dalam diri rakyat Kelantan, sebenarnya itu bukanlah faktor yang utama berlaku budaya berpuak-puak dalam negeri Kelantan.
Orang Kelantan sebenarnya sejak kecil di besarkan berkomunikasi dengan loghat Kelantan, yang kebanyakan bunyinya agak berbeza dengan negeri lain. Berbeza dengan loghat-loghat lain seperti loghat Utara dan Perak, loghat Kelantan agak jauh berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Hampir setiap segi kehidupan loghat itu di gunakan sehingga ke sistem persekolahan sekalipun. Jadi ini menyebabkan orang Kelantan agak pemalu untuk bergaul dengan orang dari negeri lain, lagi-lagi dari negeri yang memaksa mereka bercakap "luar".
Oleh itu, apabila penduduk Kelantan yang mendapat keputusan yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke IPTA di negeri-negeri lain, mereka hampir terpaksa menukar sama sekali loghat pertuturan mereka,(yang mana perumpamaan susahnya macam suruh orang asli cakap orang putih). Bagi yang cuba untuk "bercakap luar", selalunya mereka boleh bergaul dengan baik pelajar-pelajar dari negeri lain.
Tapi yang kategori berat atau "lidah keras" untuk mengubah serba sedikir pertuturan, menyebabkan mereka agak pemalu untuk bergaul dengan orang lain. Di tambah dengan pelajar negeri lain yang tak pernah dengar dan tak faham loghat Kelantan, lagilah si "lidah keras" ni malu untuk berkomunikasi. Dan perkara inilah yang mendorong pelajar dari negeri Kelantan lebih suka untuk bergaul dengan sesama mereka, untuk semata-mata memudahkan komunikasi sesama mereka. Itu saja.
ulasan mum ni aku rasa sangat tepat
menarik..adakah ini fakta?
ini teori dari blog yang saya pnh jenguk. dia kuarkan banyak teori kenapa org kelantan selalunya berpuak2 such org kelantan megah dgn budaya, negeri kelantan merupakan negeri yg agak tertutup dari negeri lain,loghat Kelantan adalah unik berbanding negeri2 lain. Saya juz stuju psl loghat so sy just bagi pandgn saya pasal loghat tu
ada sorg budok kls aku masa BA dulu berhenti belaja sbb inferiority complex hok kronik because of d language. xdok ore nok saing nga dio n dio jd down sgt.
kawe stuju 100%