Hari ni menjejakkan lagi sekali kaki aku di Kem 506. Dekat 2 tahun aku tak datang sini, tapi pemandangan dia tetap sama. Tak terjejas sikit pun. Pemandangan biasa di mana-mana kem tentera. Memang mana-mana kem dalam tu macam keras, maksud aku bukan keras berhantu atau apa, tapi keras maksud aku disini seperti kaku atau kosong sahaja.
Datang-datang sahaja, rupa-rupanya ada jamuan hari raya pula. Langkah kananlah aku. Majlis tu dirasmikan oleh bakal majikan aku iaitu Datuk SUK Kelantan. Beliau merupakan pengerusi JAKPAW atau penaung dalam askar wataniah ni. Nampaknya cerahlah masa depan aku nak masuk khemah tahunan nanti. Hahahaha
Sebenarnya tujuan aku datang sini nak lapor diri balik. Ada beberapa hal aku masih lagi sangkut, contohnya nombor akaun bank bagi pembayaran elaun masih belum aku selesaikan. Dah tau macam tu, aku pula lupa nak perbaharui nombor akaun Bank BSN. Jadi hari ni tak selesailah juga hal aku ni. Tapi sekurang-kurang aku dah tulis nama untuk gaji hari ni.
Hari ni memang semuanya aku serba baru. Dari kepala sampai ke kaki semuanya baru. Dah beratus agaknya aku dah habis. Ada pegawai tu tegur, baju baru nampaknya ni, baguslah semangat baru. Aku senyum saja. Aku pun lupa nak ambil gambar pakai pakaian tentera hari ni. Dah marah dah si dia. Hehehehe.
Apa pun, aku harap semua berjalan lancar dan aku boleh terus serta askar wataniah ni sehabis mungkin. Sekian.
Dalam dua tiga hari ni memang pejabat aku dah jadi macam lebuhraya. Sibuk sangat sebab persiapan untuk hari keluarga syarikat aku pada 30 Oktober ni. Banyak jugalah persiapan yang dah siap, cuma tinggal benda kecil-kecil je.
Aku pula dapat bahagian sukaneka, jadi tak adalah banyak sangat tugas aku. Tapi walaupun macam tu, aku tetap ringankan tulang sikit tolong buat bahagian lain. Tapi tolong yang paling aku suka ialah beli hadiah. Pasal masa tulah aku boleh buat muka sombong beli benda mahal-mahal dekat pasaraya. Hahahaha. Dan yang paling seronok, bila kita beli benda mahal-mahal ni selalunya dapat hadiah percuma. Contohnya aku beli set tali pinggang dengan dompet lelaki jenama "Crocodile", kakak bahagian jualan tu bagi baju tshirt dalam lelaki. Mula-mula macam serba salah juga aku nak ambil, tapi bila aku tanya ketua program, dia kata ambil sajalah. Aku pun macam budak dapat aiskrimlah melompat-lompat. Hahaha.
Insyallah kalau aku ada masa aku akan cuba masukkan gambar masa hari keluarga tu. Buat pun tak adalah jauh sangat, dekat Kuala Terengganu je. Tapi yang paling sadis, hari keluarga ni lah penanda bahawa aku dah tamat bekerja dekat firma aku ni. Selepas ni aku akan bekerja di tempat baru. Jadi, lepas saja majlis makan malam tu, aku culik 2,3 orang kawan sepejabat dengan aku temankan aku balik. Gila kau, pukul 11 malam nak bertolak dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu boleh tahan juga tu. Dahlah jalan pun bukannya terang sangat. Kalau pandu ikut jalan pantai, lagilah takut aku. Jadi, doa-doakanlah aku supaya aku selamat sampai dan terus boleh lapor diri pada keesokan harinya tu.Sekian
Dah lepas bulan puasa ni aku dah mula jogging balik. Macam dah naik banyak je badan aku ni. Aku pun tanpa melengahkan masa yang memang dah lengah, terus sambar kasut jogging dan bawa kereta pergi Taman Tengku Anis. Tempat ni antara yang terbaiklah bagi aku nak jogging. Ada satu tempat lagi dekat kawasan Kampus HUSM, tapi aku rasa macam tak menarik je dekat situ. Mungkin sebab aku rasa tak ada naluri di empunyai disitu. (Entah apa lah aku cakap ni).
Hari pertama berlari, memang semput gila. Aku rasa macam dah sesak dada nak habiskan 3 pusingan. Memang rutin aku pusing 3 pusingan besar taman ni. Tak pernah kurang dan tak pernah lebih pun. Lepas buat tekan tubi dan "sit Up", aku terus buat senaman penyejukan badan dan terus balik. Akhirnya aku tertidur kepenatan malam tu.
Esok petang, hari sabtu, entah kenapa tiba-tiba aku rasa aku nak beli Mp3 untuk aku dengar masa berlari nanti. Sebab aku dah buat penyelidikan yang kata bila kita dengar lagu masa berlari ni dapat membantu kita terus bermotivasi untuk berlari dan mengelakkan kita terlalu layan penat. Tinjau punya tinjau Mp3, akhirnya aku terbeli pun satu. Yang ni jenama Sony model NWZ-B162F, harga RM159. Boleh tahan jugalah harganya, tapi bila aku buat "test" memang kualiti bunyi dia antara yang terbaiklah. Lagipun model ni antara model terbaru juga.
Petang tu juga aku terus cuba bawa pergi jogging. Keseluruhan memang aku rasa puas hati sebab Mp3 memang banyak bantu aku untuk kekalkan mementum larian aku. Memang rasa menggah sikit, tapi bila dah masuk pusingan ketiga, aku rasa aku dah dapat langkah yang betul. Mungkin sebab stamina dah dapat balik agaknya.
Esoknya pun aku teruskan berlari dengan Mp3 dan aku rasa aku tak boleh nak berlari agaknya lepas ni kalau tak ada benda ni. Mungkin lepas ni aku kena cari lagu yang sederhana rancak supaya aku tak terikut-ikut sangat dengan lagu yang tempo laju. Penat aku nak mengejar tempo tahu. Yang belum tahu, memang bila kita berlari dengan Mp3 ni, kita macam terikut-ikut untuk berlari selari dengan tempo lagu tu. Jadi pemilihan lagu tu memang penting. Dalam beberapa laman web, macam disediakan untuk muat turun lagu sesiapa yang nak berlari dengan Mp3. Selain itu, lagu ini juga bertujuan untuk menyembunyikan bunyi nafas kita yang termengah-mengah tu. Jadi, bila kita tak dengar nafas kita, kita bagai tak sedar dan terus yakin untuk terus berlari.
Bagi sesiapa yang nak cuba dengar Mp3 untuk senaman, pastikan jangan pasang terlalu kuat, takut nanti orang panggil pun tak dengar. Dan lagi satu untuk melindungi telinga kita daripada rosak. Ok, setakat tu dulu. Calow.
Alhamdulillah. Aku dapat tawaran kerja dekat tempat lain pula. Dahlah dapat jawatan kerajaan, gred pula gred ijazah. Melompatlah aku. Ya lah, sekarang ni aku kerja gaji ciput je. Cukup sekadar untuk makan. Tapi nak menyimpan, aku rasa nak dapat 10% pun bukan main susah. Dahlah nak kahwin lagi. Hehehehe.
Yang aku bersyukur sangat sebab aku dapat tawaran ni setelah aku gagal temuduga dekat Majlis Agama hari tu. Tup tup, dapat panggilan, aku dapat kerja kerajaan, cuma dekat tempat lain. Dan data aku, kerajaan ambil masa aku temuduga dekat Majlis Agama. Kiranya tak perlu temuduga, terus dapat masuk. Cuma setuju atau tak je. Aku masa tu memang tak fikir panjang, terus terima je.
Memang dapat jawatan akauntan, tapi tugas aku lebih kepada audit dalaman. Kira bagus jugalah, sebab aku memang dari bidang audit pun, cuma aku dulu lebih kepada audit luaran. Insyallah kalau tak ada aral, aku akan lapor diri 2 Oktober ni. Tapi penatlah sikit sebab 1 Oktober aku ada majlis makan malam untuk hari keluarga pejabat aku. Memang aku terpaksa terus baliklah lepas makan malam tu. Perjalanan pun dekat 3 jam juga. Harap-harap tak ada yang tertidur masa hari pertama kerja. Persembahan kena jaga, takut nanti kerajaan tak nak sambung kontrak aku, mampus. Nak cari kerja lain lagi, bukan senang.
Apa-apa pun aku hanya mengharap yang terbaik. Aku bersyukur sebab Allah macam dah mempermudahkan hidup aku selama ni. Tapi aku berdoa kepada Allah supaya janganlah Dia memberikan nikmat ini sebagai cubaan yang mana aku tak mampu untuk memikulnya. Semoga dengan nikmat Allah ini dapat menjadikan aku insan yang lebih baik. Insyallah.