Mp3 ku yang kacak habis

Dah lepas bulan puasa ni aku dah mula jogging balik. Macam dah naik banyak je badan aku ni. Aku pun tanpa melengahkan masa yang memang dah lengah, terus sambar kasut jogging dan bawa kereta pergi Taman Tengku Anis. Tempat ni antara yang terbaiklah bagi aku nak jogging. Ada satu tempat lagi dekat kawasan Kampus HUSM, tapi aku rasa macam tak menarik je dekat situ. Mungkin sebab aku rasa tak ada naluri di empunyai disitu. (Entah apa lah aku cakap ni).

Hari pertama berlari, memang semput gila. Aku rasa macam dah sesak dada nak habiskan 3 pusingan. Memang rutin aku pusing 3 pusingan besar taman ni. Tak pernah kurang dan tak pernah lebih pun. Lepas buat tekan tubi dan "sit Up", aku terus buat senaman penyejukan badan dan terus balik. Akhirnya aku tertidur kepenatan malam tu.



Esok petang, hari sabtu, entah kenapa tiba-tiba aku rasa aku nak beli Mp3 untuk aku dengar masa berlari nanti. Sebab aku dah buat penyelidikan yang kata bila kita dengar lagu masa berlari ni dapat membantu kita terus bermotivasi untuk berlari dan mengelakkan kita terlalu layan penat. Tinjau punya tinjau Mp3, akhirnya aku terbeli pun satu. Yang ni jenama Sony model NWZ-B162F, harga RM159. Boleh tahan jugalah harganya, tapi bila aku buat "test" memang kualiti bunyi dia antara yang terbaiklah. Lagipun model ni antara model terbaru juga.

Petang tu juga aku terus cuba bawa pergi jogging. Keseluruhan memang aku rasa puas hati sebab Mp3 memang banyak bantu aku untuk kekalkan mementum larian aku. Memang rasa menggah sikit, tapi bila dah masuk pusingan ketiga, aku rasa aku dah dapat langkah yang betul. Mungkin sebab stamina dah dapat balik agaknya.

Esoknya pun aku teruskan berlari dengan Mp3 dan aku rasa aku tak boleh nak berlari agaknya lepas ni kalau tak ada benda ni. Mungkin lepas ni aku kena cari lagu yang sederhana rancak supaya aku tak terikut-ikut sangat dengan lagu yang tempo laju. Penat aku nak mengejar tempo tahu. Yang belum tahu, memang bila kita berlari dengan Mp3 ni, kita macam terikut-ikut untuk berlari selari dengan tempo lagu tu. Jadi pemilihan lagu tu memang penting. Dalam beberapa laman web, macam disediakan untuk muat turun lagu sesiapa yang nak berlari dengan Mp3. Selain itu, lagu ini juga bertujuan untuk menyembunyikan bunyi nafas kita yang termengah-mengah tu. Jadi, bila kita tak dengar nafas kita, kita bagai tak sedar dan terus yakin untuk terus berlari.

Bagi sesiapa yang nak cuba dengar Mp3 untuk senaman, pastikan jangan pasang terlalu kuat, takut nanti orang panggil pun tak dengar. Dan lagi satu untuk melindungi telinga kita daripada rosak. Ok, setakat tu dulu. Calow.
0 Responses