Konsep Blog Ini

Ramai yang macam keliru, blog aku ni sebenarnya konsep dia pasal apa? Sebab ramai kata rojak sangat macam-macam ada. Hahahaha.

Ok, sebenarnya tujuan aku tulis blog ni sebab aku nak baiki gaya penulisan aku. Ye la, sebab aku ni latar belakang perakaunan, dari segi penulisan tak banyak yang aku pelajari kecuali tulis surat korporat atau antara jabatan.

Kebanyakan bahan-bahan dalam blog ni ada pelbagai hal dari perihal perkahwinan, gadjet dan kesihatan. Sebenarnya disebabkan aku ni jenis kalau apa-apa benda yang aku buat, aku akan cari perkara-perkara tersebut dalam internet. Jadi bila cari benda dalam internet, akan ada banyak maklumat-maklumat yang aku dapat.

Contohnya berkenaan dengan jam Heart Rate Meter. Sebelum aku nak beli jam tu, aku akan tinjau dulu berkenaan dengan harga jam tersebut, tengok spesifikasi, perbandingan dengan jenama lain dan juga keperluan dalam kehidupan seharian. Memang perangai aku kalau aku tinjau barang dalam internet, maka akan berpuluh-puluh tab aku akan buka sebab nak tinjau harga yang paling murah, berkualiti dan menang memakai. Bukannya aku berkira, cuma aku tak suka terbeli barang dengan harga yang lebih mahal daripada orang lain (padahalnya kedekut.hahaha).

Jadi aku harap peninjau blog ni boleh faham kenapa blog aku ni macam tangkap muat. Harapnya ada manfaatlah sikit sebanyak kepada aku dan pembaca walaupun entah apa-apa aku mengarut dalam ni.

Oh, dan satu lagi, blog ni ditulis sebenarnya untuk aku tujukan kepada anak aku. Konon-konon macam diari bapa kepada anak la. Sekarang anak aku baru setahun lebih. Harapnya bila dia dah besar, dia boleh baca post-post dalam blog ni, kaji pemikiran aku, apa perangai aku sebenarnya, apa hobi aku, macamana perjalanan hidup aku. Okay, sekian dulu.

Penggunaan GPS Bagi Pelari dan Pengayuh Basikal

Sejak akhir-akhir ni aku tengok semakin ramai yang serius dalam melakukan penjagaan kesihatan. Dengan keadaan masyarakat Malaysia yang sangat kaya dengan segala jenis makanan, tak hairan aku katakan telah mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada masyarakat. Statistik juga telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia merupakan rakyat yang paling gemuk di Asia Tenggara mengatasi Singapura.

Antara senaman yang sangat popular bagi individu yang ingin berjinak-jinak dalam penjagaan kesihatan ialah berlari atau berjogging. Berlari atau berjogging menjadi senaman yang popular mungkin disebabkan oleh kosnya murah dan tidak memerlukan peralatan yang mahal untuk dilakukan. Cukup ada pakaian yang sesuai serta kasut yang sesuai, kita boleh terus memulakan senaman.

Tapi bagi pelari yang serius serta ingin memantau prestasi larian, antara perkara yang boleh diambil pertimbangan untuk meningkatkan lagi kualiti senaman ialah dengan menggunakan GPS (Global Positioning System). GPS selalunya dipancarkan terus daripada telefon pintar ataupun jam tangan yang dilengkapi oleh GPS. Antara aplikasi yang selalu digunakan oleh pelari ialah Strava, Endomondo, Sport Tracker dan MapsMyRun.


Strava
 


Selalunya aplikasi ini boleh dilengkap dengan penggunaan Pemantauan Denyutan Jantung, HRM (Heart Rate Monitor) iaitu alat untuk memantau denyutan jantung sewaktu senaman dilakukan. Segala rekod mengenai denyutan jantung akan di salurkan terus ke dalam telefon bimbit dan kita akan melihat prestasi jantung selepas selesai larian dilakukan.   Penggunaan aplikasi ini juga boleh digunakan bagi individu yang berbasikal.




Namun bagi pelari yang lebih serius, menggunakan jam tangan yang dilengkapi GPS, Pemantau Denyutan Jantung (HRM), Penggunaan Kalori, Jarak Larian, Laju Larian  dan lain-lain lagi adalah lebih diminati. Antara jam yang berada di pasaran ialah Garmin Forerunner, Sigma, Suunto, Polar, Nike dan banyak lagi. Namun jam yang agak popular ialah Garmin Forerunner. Segala maklumat yang direkod di dalam jam tersebut boleh di muatnaik di telefon bimbit dan akaun Garmin Connect. Segala maklumat mengenai larian akan dipaparkan dan disimpan di dalam akaun tersebut. Maka anda akan dapat memantau keseluruhan prestasi larian bagi satu-satu tempoh yang tertentu.


Garmin Forerunner 210
Suunto Quest



Di harapkan dengan penggunaan alat-alat ini akan dapat memotivasikan lagi individu-individu yang terus menjadikan senaman sebagai satu gaya hidup yang sihat. Namun, kesan senaman ini akan dapat dilihat jika individu terus mengambil pemakanan yang sihat serta mengekalkan emosi yang stabil.

Avantree Saturn- Bluetooth Receiver and Transmitter arrived!

Akhirnya barang yang aku order dah selamat sampai ke pangkuan walaupun pos laju dah terlambat dua hari (pos 6hb, 8hb baru sampai),





Ok, Avantree Saturn Bluetoogh Receiver and Transmitter ni kegunaan dia untuk menerima atau menghantar pancaran Bluetooth kalau satu-satu peralatan tu sebelum ni tak ada Bluetooth. Macam post aku yang lepas, aku dah beli sebuah speaker Altec Lansing yang tak ada Bluetooth, yakni yang tidak membolehkan aku pasang lagu tanpa sambung wayar terus ke speaker.

Jadi, bila dah ada alat ni, aku hanya perlu cucuk pada longjack 3.5mm speaker dan tekan butang power untuk pasangkan fungsi alat ni. Bila dah pasang, telefon bimbit atau tab aku akan mengesan bluetooth yang dipancarkan oleh alat ni dan seterusnya buat "pairing". Bila dah "pair", speaker aku terus boleh dengar lagu yang aku pasang dari telefon bimbit atau tab. Senangkan? Tak payah nak melekat telefon bimbit aku dekat speaker semata-mata nak dengar lagu atau pasang orang mengaji Al-Qur'an. Sambil dengar sambil boleh Whatsapp dengan kawan-kawan.  Harga alat ni agak mahal dalam RM100.00. Tapi bagi sesiapa yang nak alat lebih kurang macam ni, banyak lagi jenama lain yang aku rasa lebih baik macam Sonic Gear harga lebih kurang RM70 dengan kelebihan ada butang Berhenti, Main, Seterusnya dan Sebelum.

Sekian sahaja berkenaan Bluetooth ni. Cuma aku tak sempat nak jelaskan bagaimana Bluetooth ni boleh Trasmit data sebab aku pun tak pernah guna. Sekian.

My Son, My Soul.

Pejam celik pejam celik dah besar anak aku. Umurnya hampir masuk setahun pada 18 Januari 2015. Aku ingat baru hari tu je aku tersengguh-sengguh di kerusi bilik bersalin tunggu isteri di hospital. Sekarang Alhamdulillah, aku sekarang dah ada anak lelaki yang setakat ni syukur sihat walafiat dan sangat rajin mengemas (rujuk gambar di bawah). Namanya Muhammad Abid Siru. Status masih single.





P/S: Abid jenis pemanas. Duduk sekejap tempat yang tak ada kipas, terus berpeluh dahinya. Suka tersenyum bila kita senyum padanya. Hampir semua orang boleh dukung anak aku ni. Mungkin sebab dia duduk di Taska, ramai pengasuh, jadi tak ada masalah untuk orang lain mendukung anak aku.

Semoga Abid dapat menjadi bekalanku di akhirat kelak. Insyallah.



Altec Lansing VS4621. Berbaloi-baloi

Pada hari minggu yang lepas, aku telah membeli sebuah subwoofer Altec Lansing model VS4621. Secara keseluruhan aku agak berpuas hati membeli subwoofer ni. Bunyi Bass yang agak kuat serta detail bunyi yang agak tajam, pasti memuaskan hati bila digunakan untuk menonton movie di laptop, pc ataupun di tab.

Pada awalnya aku nak ambil Edifier Predator sebab bentuknya yang Sci-fi iaitu berbentuk seperti kapal terbang tanpa pemandu US Predator, namun agak mengecewakan kerana bunyi yang terhasil bila disambung pada telefon bimbit agak perlahan. Namun bunyi yang lebih baik bila disambungkan dengan PC. Oleh kerana aku akan lebih banyak menggunakan woofer untuk disambungkan dengan telefon bimbit atau tab, terpaksalah aku membatalkan hasrat aku.

Namun begitu, pembesar suara Altec Lansing model ini ada kekurangan jika digunakan untuk mendengar lagu pada tempoh yang lama. Bunyi bass yang terlalu kuat kadang-kadang merencatkan lagu yang dipasang.

Harga adalah berpatutan berbanding dengan  kualiti bunyi yang dihasilkan. Seperti mana-mana produk keluaran Altec Lansing, subwoofer ini memang tidak mengecewakan. Sekarang aku berkira-kira untuk membeli Bluetooth supaya lagu dapat terus dipasang tanpa perlu menyambungkan telefon bimbit di speaker.



http://76.my/Malaysia/altec-lansing-2-1-speaker-vs4621-blk-chocobozz-1103-05-Chocobozz@1126.jpg