Baju Baru ku



Tahun ni aku silap besar. Aku lambat cari kain nak hantar kepada taylor. Aiseh, nampaknya baju melayu tahun ni beli dekat kedai lagilah. Dah lama tak merasa baju yang diukur ikut badan sendiri. Mungkin masih tak ada jodoh agaknya.

Memang wajib bagi aku tiap-tiap tahun dekat raya untuk beli baju melayu. Kadang-kadang ada juga kawan-kawan yang sinis, sudah besar-besar pun masih galak nak beraya. Kita yang sudah besar, pakai baju melayu yang lama-lama sudahlah. Kata mereka.

Aku ada alasan aku sendiri. Aku tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata kawan kadang-kadang tidak banyak faedahnya. Mungkin bagi masyarakat kita pun, baju-baju melayu tak payahlah di beli tiap-tiap tahun. 10 tahun sekali pun boleh.

Kadang-kadang pemikiran aku agak fundamental. Masih dipengaruhi oleh budaya orang dulu-dulu. Baju raya adalah baju yang wajib dibeli setiap kali raya. Aku tak kisah pun kalau tak ada baju tshirt atau jeans baru untuk hari raya, tapi yang penting, baju melayu baru mesti ada.

Aku masih ingat dulu-dulu, ayah aku memang paksa kami adik-beradik supaya pakai baju melayu dengan sampin di hari raya, dengan syarat, sampin tidak boleh di buka sehingga maghrib. Kalau ada salah seorang daripada kami yang buka sebelum waktu tu, tak semena-menalah kami dipaksa supaya pakai semula. Songkok juga wajib pakai. Tak boleh kopiah atau ketayap. Sebab memang kod etikanya, baju melayu bersampin, mestilah dengan songkok, warna hitam. Ayah aku selalu berhujah, baju melayu kita hanya pakai setahun sekali, apa salahnya pakai dengan elok, lagipun cuma hari raya saja kita boleh pakai begini. Kita mungkin jarang nak pakai baju melayu dengan sampin pergi sembahyang jumaat. Jadi, manfaatkanlah hari raya ni.

Memang waktu kecil,aku tak faham, tapi bila sudah besar, sudah jadi tabiat aku pakai baju melayu dengan sampin sekurang-kurangnya sehingga maghrib. Lagipun, kalau pergi beraya di rumah kawan-kawan, ada juga makcik-makcik yang puji.hehehe

Sebat pun kecoh



Bila baca surat khabar hari ini, memang aku sudah agak. Memang cerita pasal Kartika Sari Dewi ni mesti keluar. Cuma kali ni cerita dia agak mengharukan. Terharu bagaimana seorang wanita yang telah bersedia dari segi fizikal dan mental, yang telah pun melakukan solat hajat tanda meminta taubat dari Tuhan, berdegil untuk tidak mahu keluar dari van Penjara Kajang kerana mahu meneruskan hukuman sebat ke atasnya.

Pada mula-mula mendengar cerita tentang Kartika Sari Dewi ini, aku pun dengan gopohnya berkata "padan muka" kepada wanita ini. Tapi memang aku tak sangka yang wanita ini akan menjadi kekaguman aku. Kagum kerana dia bersungguh-sungguh untuk menerima hukuman sebat walaupun dia boleh merayu supaya hukumannya ditukar. Kagum dengan kemarahan yang dikeluarkan oleh wanita ini bila dia berkata, "Saya tetap dengan pendirian saya. Saya tak tahu di mana kedudukan saya sekarang. Macam mana? Hati saya masih di situ. Saya sudah nekad (untuk disebat). Tiada hitam-putih apa kedudukan saya sekarang. Saya tetap dengan keputusan untuk disebat."

Dan aku hairan dengan PM Datuk Seri Najib yang menegur Kartika Sari kerana tidak membuat rayuan untuk mengelakkan dari hukuman sebat. Kononnya perkara ini sensitif dan menjadi tarikan antarabangsa. Kenapa perlu takut untuk melaksanakan hukum yang telah termaktub? Nampaknya PM kita sendiri tidak yakin dengan undang-undang syariah di negara yang diperintahnya. Nampak sangat PM 1 Malaysia kita ni memperlecehkan undang-undang syariah, yang mana mungkin pada anggapan beliau, hanya undang-undang kolot, minum arak pun nak disebat-sebat. Mungkin juga sebab dia takut nanti negara Barat memandang Najib sebagai extremist Islam.

Aku yakin, kalau hukuman sebat ni dikenakan ke atas anak-anak VVIP yang tunggang-langgang duduk meneguk arak di kelab malam, lantas si VVIP ini akan merayu hukuman di tukar kepada denda wang ringgit yang mana hukuman tidak akan terlepas di akhirat nanti.

Lagi kedengaran sangat bangang bila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi alasan bahawa penjara kita di Malaysia ini tidak mempunyai kepakaran dalam memberikan hukuman sebat secara Islam. Apa, undang-undang syariah ni baru digubal semalam kah?


Alasan untuk tidak menjalankan hukuman sebat kerana menghormati bulan Ramadhan langsung tidak boleh dipakai. Di bulan yang mulia inilah kita di tuntut untuk memohon keampunan dari Allah s.w.t. Kalau betul sangat menghormati bulan Ramadhan, kenapa tidak ditutup saja semua kedai judi dan arak serta kelab-kelab malam di seluruh negara di bulan puasa??!!!

Amanah Saham 1 Malaysia

Masuk UMNO masuk syurga?

Nik Aziz kata ahli Umno tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ahli Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. - Bernama

_________________________________________________________________________






Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau
Oleh Rizal Tahir
Tue | Aug 18, 09 | 4:32:27 pm MYT
KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya tidak mahu banyak bercakap, jadi di sini kita pun dapat nilai kualiti laporan yang dilaporkan oleh wartawan berita yang diguna oleh media arus perdana kita.

Jadi, tidak mustahil banyak lagi kepincangan laporan yang berlaku. Tidak untuk membela pembangkang secara membuta tuli.

Sama juga yang dilakukan oleh pemberita pembangkang, Nan Yang Siang Pau yang telah memberi kenyataan yang bercanggah seperti yang diberikan oleh Ustaz Ridhuan Tee kononnya Ustaz telah menghina seluruh orang cina.

Nampaknya kod etika seorang wartawan jarang di aplikasikan oleh wartawan kita. Susah apabila laporan berita dijadikan bahan propaganda semata-mata.Seperti wasiat Rasulullah s.a.w, "Berkatalah benar walaupun ia pahit."

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang, dia yang lebih



"Nabi dulu ada janggut pun bukan sebab apa. Tapi sebab zaman tu tak ada pisau cukur gillette."

"Dalam Qurán pun tadak cirita macamana mau buat jalan"

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

"Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud."

"Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?"

Bacalah kenyataan orang Islam yang sangat "faham" Islam. Jadi, manakan tidak orang bukan Islam sendiri memandang rendah kepada Islam.

Palakon handalan







Bila sudah namanya pelakon, memang pandai mereka berlakon. Muka yang berlambak di disko pun boleh di ditukar kepada muka-muka ustazah. Muka kelab dangdut pun boleh ditukar kepada muka lebai-lebai yang selalu beri'tikaf di surau. Bukan calang-calang manusia yang boleh buat begitu. Aku pun kalau disuruh buat muka ustaz, aku jamin, tidak sampai satu slot saja aku dah boleh kena tendang laju-laju dengan pengarah.

Sama juga muka-muka orang politik. Mereka boleh jadi siapa-siapa sahaja yang mereka suka. Ada satu lawak yang aku ambil dari majalah Mastika, tahun berapa aku pun dah lupa:

Seorang isteri bertanya kepada suaminya;
Isteri: Abang, nanti dah besar, anak kita ni jadi apa agaknya ya?
Suami : Entahlah, abang pun tak tahu. Tapi ada caranya macamana kita nak tahu.
Isteri: Macam mana?
Suami : Ambilkan al-Qurán dan sebotol arak. KIta letakkan di satu tempat. Kita tengok yang mana satu anak kita ambil. Jika Al-Qur'an, kemungkinan besar anak kita bakal ustaz, kalau arak pula, mungkin anak kita jadi kaki botol, atau kaki judi.
Maka si isteri pun meletakkan barang-barang itu di ruang tamu dan mereka berdua terus menyorok di belakang kerusi di ruang tamu.
Tiba-tiba anaknya masuk ke ruang tamu dan tertarik melihat barang-barang yang diletakkan tu.
Si suami dan si isteri tak sabar-sabar nak tahu apa yang anak mereka akan ambil.
Anaknya itu sibuk membelek kedua-dua barang tersebut. Alangkah terkejutnya mereka, bila melihat anak mereka membuka air botol arak dan meminumnya sambil membawa al-Qurán itu pergi.
Suami : Alamak yang.
Isteri: Kenapa bang?
Suami : Anak kita akan jadi orang politik!
H1N1 memang menakutkan. Semalam aku dipaksa untuk menghantar baju sejuk untuk abang aku yang di bawa ke hospital sebab demam. Dahlah pukul 12 tengah malam, HUSM pula tu. Kalau dari rumah bawa kereta sudah 10 minit. Mata pun dah mengantuk dan esok kerja pula.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku pergi. Bila sampai di HUSM, terkejut betul aku. Hospital meriah macam ada pesta. Tapi, jantung aku tiba-tiba berdebar bila tengok ramai sangat yang pakai penutup muka. Memang sekarang kalau di hospital siapa-siapa yang demam, akan disaring serta diberi penutup muka bagi mengelakkan penyakit itu berjangkit dengan pesakit-pesakit penyakit lain.

Akhirnya jumpa juga abang aku tu. Hati was-was juga nak masuk dalam unit kecemasan tu, tapi bila aku ingatkan abang aku yang tengah menahan sejuk akibat demam tu, terpaksa juga aku gagahkan diri.

"Nah, baju sweater," kata aku sambil menghulurkan baju sweater tu. Tengok di sebelah abang aku, kakak ipar aku yang tengah khusyuk menutup mulur dan hidung, mungkin kerana takut berjangkit dengan selsema babi.

Mungkin sebab abang aku takut aku pula yang dapat penyakit, dia suruh aku balik cepat-cepat. Walhal memang aku tak sanggup nak duduk di situ lama-lama. Ya lah, penyakit ni bukan kita boleh tahu bila nak datang.

Dan, sini aku sertakan video tribute kepada orang yang bengong bermati-matian untuk membela babi.(yang sangat menyusahkan orang itu)