Sebat pun kecoh



Bila baca surat khabar hari ini, memang aku sudah agak. Memang cerita pasal Kartika Sari Dewi ni mesti keluar. Cuma kali ni cerita dia agak mengharukan. Terharu bagaimana seorang wanita yang telah bersedia dari segi fizikal dan mental, yang telah pun melakukan solat hajat tanda meminta taubat dari Tuhan, berdegil untuk tidak mahu keluar dari van Penjara Kajang kerana mahu meneruskan hukuman sebat ke atasnya.

Pada mula-mula mendengar cerita tentang Kartika Sari Dewi ini, aku pun dengan gopohnya berkata "padan muka" kepada wanita ini. Tapi memang aku tak sangka yang wanita ini akan menjadi kekaguman aku. Kagum kerana dia bersungguh-sungguh untuk menerima hukuman sebat walaupun dia boleh merayu supaya hukumannya ditukar. Kagum dengan kemarahan yang dikeluarkan oleh wanita ini bila dia berkata, "Saya tetap dengan pendirian saya. Saya tak tahu di mana kedudukan saya sekarang. Macam mana? Hati saya masih di situ. Saya sudah nekad (untuk disebat). Tiada hitam-putih apa kedudukan saya sekarang. Saya tetap dengan keputusan untuk disebat."

Dan aku hairan dengan PM Datuk Seri Najib yang menegur Kartika Sari kerana tidak membuat rayuan untuk mengelakkan dari hukuman sebat. Kononnya perkara ini sensitif dan menjadi tarikan antarabangsa. Kenapa perlu takut untuk melaksanakan hukum yang telah termaktub? Nampaknya PM kita sendiri tidak yakin dengan undang-undang syariah di negara yang diperintahnya. Nampak sangat PM 1 Malaysia kita ni memperlecehkan undang-undang syariah, yang mana mungkin pada anggapan beliau, hanya undang-undang kolot, minum arak pun nak disebat-sebat. Mungkin juga sebab dia takut nanti negara Barat memandang Najib sebagai extremist Islam.

Aku yakin, kalau hukuman sebat ni dikenakan ke atas anak-anak VVIP yang tunggang-langgang duduk meneguk arak di kelab malam, lantas si VVIP ini akan merayu hukuman di tukar kepada denda wang ringgit yang mana hukuman tidak akan terlepas di akhirat nanti.

Lagi kedengaran sangat bangang bila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberi alasan bahawa penjara kita di Malaysia ini tidak mempunyai kepakaran dalam memberikan hukuman sebat secara Islam. Apa, undang-undang syariah ni baru digubal semalam kah?


Alasan untuk tidak menjalankan hukuman sebat kerana menghormati bulan Ramadhan langsung tidak boleh dipakai. Di bulan yang mulia inilah kita di tuntut untuk memohon keampunan dari Allah s.w.t. Kalau betul sangat menghormati bulan Ramadhan, kenapa tidak ditutup saja semua kedai judi dan arak serta kelab-kelab malam di seluruh negara di bulan puasa??!!!
1 Response
  1. Tanpa Nama Says:

    najib ngan hisamuddin sama je..
    hisamuddin cucu onn jaafar org yang memberi idea tntg ISA... Najib tun razak org yg melaksana kn ISA...
    fuck them both..