Tahun ni aku silap besar. Aku lambat cari kain nak hantar kepada taylor. Aiseh, nampaknya baju melayu tahun ni beli dekat kedai lagilah. Dah lama tak merasa baju yang diukur ikut badan sendiri. Mungkin masih tak ada jodoh agaknya.
Memang wajib bagi aku tiap-tiap tahun dekat raya untuk beli baju melayu. Kadang-kadang ada juga kawan-kawan yang sinis, sudah besar-besar pun masih galak nak beraya. Kita yang sudah besar, pakai baju melayu yang lama-lama sudahlah. Kata mereka.
Aku ada alasan aku sendiri. Aku tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata kawan kadang-kadang tidak banyak faedahnya. Mungkin bagi masyarakat kita pun, baju-baju melayu tak payahlah di beli tiap-tiap tahun. 10 tahun sekali pun boleh.
Kadang-kadang pemikiran aku agak fundamental. Masih dipengaruhi oleh budaya orang dulu-dulu. Baju raya adalah baju yang wajib dibeli setiap kali raya. Aku tak kisah pun kalau tak ada baju tshirt atau jeans baru untuk hari raya, tapi yang penting, baju melayu baru mesti ada.
Aku masih ingat dulu-dulu, ayah aku memang paksa kami adik-beradik supaya pakai baju melayu dengan sampin di hari raya, dengan syarat, sampin tidak boleh di buka sehingga maghrib. Kalau ada salah seorang daripada kami yang buka sebelum waktu tu, tak semena-menalah kami dipaksa supaya pakai semula. Songkok juga wajib pakai. Tak boleh kopiah atau ketayap. Sebab memang kod etikanya, baju melayu bersampin, mestilah dengan songkok, warna hitam. Ayah aku selalu berhujah, baju melayu kita hanya pakai setahun sekali, apa salahnya pakai dengan elok, lagipun cuma hari raya saja kita boleh pakai begini. Kita mungkin jarang nak pakai baju melayu dengan sampin pergi sembahyang jumaat. Jadi, manfaatkanlah hari raya ni.
Memang waktu kecil,aku tak faham, tapi bila sudah besar, sudah jadi tabiat aku pakai baju melayu dengan sampin sekurang-kurangnya sehingga maghrib. Lagipun, kalau pergi beraya di rumah kawan-kawan, ada juga makcik-makcik yang puji.hehehe
Aku masih ingat dulu-dulu, ayah aku memang paksa kami adik-beradik supaya pakai baju melayu dengan sampin di hari raya, dengan syarat, sampin tidak boleh di buka sehingga maghrib.
wah...mantap....
apa yang mantap?hehe
mantap r...
pakai sampin sampai ke petang
dasat