Scan kepala otak



Kelmarin bosan-bosan duk belek-belek pc si Akim, tetiba ternampak satu cerita tajuk "Brainscan Aku dan Topi Ajaib". Macam pernah dengar jer. Ni cite kuar tahun lepas. Tapi aku memang tak pernah tengok la.Dalam radio era tahun lepas dulu selalu ada mainkan iklan dia. Dengar tu macam kelakar juga. Tapi first impression memang aku ingat cerita ni macam cerita-cerita mengarut yang ntah hapa-hapa. Tapi bila dah tengok, memang silap besar la aku.


First-first babak Tuan Puteri kena culik ngan nenek kebayan tu, agak biasa lagi. Tapi bila dah masuk babak si Adruce tersedar dari mimpi tu yang menarik. Kelakar boleh tahan la. Sampai la kat depan sket tunjuk pasal abah ngan emak dia gaduh, memang kelakar habis. Dan si emak plak cakap Kelate pekat yang amat. sampai berair-air mata aku gelak tengok abah ngan emak dia tertukar badan. Hadoii la.

Komen aku cerita ni memang sangat sesuai di tonton bersama family n rakan-rakan. Memang enjoy. Sangat tidak rugi kalo beli DVD yang original. Hehehehe.

Macam tak percaya pulak rupa-rupanya pengarah tempatan kita masih ada idea untuk menghasilkan filem. 4 setengah bintang untuk Ahmad Idham. Selepas dia jadi pengarah cite Kasih ku Seru, cite-cite dia yang lain memang meletup habis. Agak-agak cite apa la yang akan dia arahkan lagi pasni. Tak sabar nak tau...

Big Mistake

Orang kata penantian satu penyeksaan. Siapa la orang itu,mau saja ku berikan sekalung bunga untuk dirinya. Memang penyeksaan, kadang bikin hati kacau, jadi gampang. Dalam itu, bagai Tuhan berikan ujian yang besar buat diriku.

Dalam aku berjuang bermati-matian, Tuhan menunjukkan Kebesaran
Nya. Ya Allah, ampunilah dosa hambaUu. Aku tak berdaya Ya Allah.
Tidak pernah aku alami peristiwa ini. Bagai sudah di takdirkan. Bagai sudah di rancang. Maha Suci Allah. Haduiii, tenangkanlah hatiku. Tenangkanlah hati orang itu. Sesungguhnya aku tidak pernah membencinya. Jauh sekali hendak menidakkannya. Tapi apalah besar salahku? Besarkah hukuman yang perlu diberi sampai begini?
10 digit nombor itu bagai tidak mampu ku tekan. Meminta diri di ampuni, di beri peluang, diberi satu lagi warna. Supaya aku mengerti, manusia lahirnya diri itu pekerti.

Aku butuh menanti, berharap diri tidak melebihi waktu. Supaya aku tidak aku sesal, bahwa malu hanya akan mematikan diri, mematikan hati. Aku harap dia sedar, dengan kudratnya, aku tidak lagi menanti…

Pagi yang cerah

Bgn pagi, lepas subuh, terus capai broadband, cucuk kat laptop, on laptop, connect, buka laman newspaper, buka blog, buka friendster, buka iluvislam.com....

owh, how i really miss to surf internet.hohohoho

Hatrik


Terkejut, terkesima, tergamam, terkambing dan pelbagai lagi "ter" bila aku tengok slip exam. Tarikh exam macam budak-budak belajar mengira, 21hb,22hb,23hb,24hb April dan 2hb Mei. Tergaru2 kepala yang tak gatal nie. Ntah macamana bleh jadi camni. Aritu tgok dalam jadual exam lain. Hai, memang hatrik la aku kali ni. Kalo tak koma,habis lurh segala rambut kat atas kepala. From now on, No more play2, no more hibernation, no blogging, no dating, no chatting, no entry and nona roguy.

Bye2 my my blog. I'll miss u so much. Kita jumpa lagi ye nanti.

~~Pegi Haji....~~


Tadi sempat la aku survey pasal pelaburan yang ada kat laman web nie. Maaf la kalo aku cakap, aku memang tak percaya sangat dengan pelaburan yang ada kat laman web nie(Kecuali e-commerce). Lagi-lagi yang ada unsur T.I.P.U. seperti yang aku pernah tengok dalam blog pengurus kewangan iaitu:

T = Tidak akan rugi (Invest RM1000, dapat untung 20-30% tiap2 bulan)

I = Indah khabar dari rupa (Pulangan tinggi gila-gila, risiko takder langsung)

P = Peluang hanya sekali

U = Untung besar gila-gila

Tapi selalu yang masuk skim-skim ni pun, sapa lagi kalo bukan orang Melayu. Hai, nasib la orang Melayu yang tak nak berubah. Mau kaya tanpa berusaha.

Tapi, ada satu pelaburan yang kalo aku cakap pun, mesti takkan boleh dipertikai iaitu pelaburan emas. Emas ni harga dia lagi stabil dan insyallah nilainya tidak akan hilang. Ye la, dah zaman Firaun lagi benda ni ada, tapi ramai juga duk berebut. Kalo setakat duit, duit syiling RM1 yang 10 tahun dulu laku, sekarang pun dah tak ada nilai.

Oleh sebab tu, Bank Negara Malaysia telah keluarkan satu pelaburan emas yang di kenali sebagai Kijang Emas. Dinar ni 99.9% adalah emas tulen. Syiling Dinar ni bleh di beli kat Maybank. Sekarang ni harga RM3353* utk 1 oz(31.105g), dulu kalo beli 18 Julai 2001, harganya RM1041.

That mean, kalo 2001 dulu nak pergi haji , kita menggunakan 12 keping dinar utk melakukan ibadah Haji di Mekah.(Assumption harga haji RM12000). So, sekarang 2009 kita hanya memerlukan 4-5 keping Dinar sahaja. Siap boleh bawak sorang lagi tu. Untung kan?

So, kalo ada duit, bleh la start melabur dengan emas. Kalo takder duit, kumpul la dulu duit, masuk pelaburan yang sah, contoh; bon, unit Trust, insurans daripada kita duk merapu masuk pelaburan yang ntah hapa-hapa.

Tapi ingat, emas ni tidak boleh di beli dengan bertangguh. Riba tu. So, kalo beli, pastikan emas tu ada di depan mata, boleh dilihat, di pegang, di gigit (Emas tulen jika di gigit akan meninggalkan kesan gigi) dan boleh di bawa balik.

Tapi jangan lupa pula ye, emas ni perlu di bayar zakat pada tiap-tiap tahun. Sucikanlah harta anda dengan zakat. Tak rugi pun bayar zakat nie.

P/S: Saya bukanlah agen Dinar emas atau apa-apa kaitan. Cuma sekadar perkongsian ilmu. So, tak payah la nak kontek saya kalo nak tanya mana nak beli dinar Emas nie. Pegi je ke Maybank yg berdekatan.

*Berdasarkan harga semasa. Boleh semak di sini

Kesabaran Teras kejayaan

bagai diri dah lama disini, ditenung sama, direnung serupa, macam mahu saja dilarikan semua, sahabat sendiri entah ada entah lupa. hai la nasib. affan, do your best. last chance for u here. baiklah di kampung menanam asam dari duduk disini 6 purnama. gila. kalo pendeta pun sudah naik pangkat kalo bertapa selama itu. semuanya yang di ambil kali kali dua. kalau universiti, sudah di panggil master. kadang baik juga. kawan yang datang boleh di hulur. nanti aku? korek lah lubang mana yang ada.hahaha

P/: Dah mereng tahap cipan. Merapu tak habis

Tribute to Palestin


Lagu terkini daripada MUH, Putihnya Lukisan memang la tersangat best. Mengisahkan tentang kesengsaraan rakyat-rakyat Palestin di tanah air sendiri(walaupun aku rasa lagu ni bleh dikaitkan dengan politik Malaysia pada masa sekarang).

Tapi, yang paling tak best ialah sampai sekarang aku duk jeles ngan suara Lan MUH yang unik tu. Aku memang tabik spring sapa yang bleh nyanyi lagu MUH tanpa pecah dan sengau-sengau basah(perkataan yang aku reka sendiri). Lagu diorang yang lain pun macam Lagu Untukmu dan Pari-Pari di bawah Angin memang tak boleh nak di nafi lagi ke"best"annya. Salute to U all.

Mp3 : Meet Uncle Hussein-Putihnya Lukisan

oh dunia
penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang disana sedang menakluk dunia
yang disini ditimpa malapetaka

ow dunia harini
ow sedihnya
ow tanah dijajah lagi
ow kejamnya

jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
denga warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh

oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata

ow maruah dijual beli
ow murah nya
ow bumi terbelah lagi
ow bencana

Lagu : Putihnya Lukisan
Nyanyian : Meet Uncle Hussein

Silent Drill

Silent Drill atau dalam Bahasa Malaysia Kawad Senyap adalah satu pergerakan kawad yang mana tidak menggunakan arahan daripada Platoon Commander(Jika ada pun sangat sedikit). Pergerakan kawad ini dilakukan melalui dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada anggota kerana ia memerlukan konsentrasi dan kepekaan terhadap perbuatan yang bakal di lakukan. Pergerakan kawad ini juga memerlukan kepada pengiraan masa yang tepat bagi memastikan formasi yang di lakukan tidak berterabur atau dalam bahasa jurulatih kawad aku dulu, bunyi macam "tahi lembu jatuh".

Selain itu, kemahiran dalam mengendalikan senjata juga perlu bagi memastikan senjata tersebut tidak terjatuh terjelepok atas padang kawad. Kemahiran "Rifle Spinning" juga merupakan satu aset penting kepada satu-satu pasukan kawad senyap kerana pergerakan ini memerlukan ketangkasan serta kepantasan dalam pengiraan bilangan pusingan rifle. Aku pun tak pernah pusing-pusing M-16 masa dalam training dulu. So, tak boleh la nak cakap susah ke tak. Tapi kalo tengok pun, memang bleh tergeliat tangan jugak la nak pusing menatang rifle tu.
(P/S: Berat M-16A1 tanpa kelopak adalah 2.9kg)

Sini aku ambik petikan dari kata salah seorang anggota Platun Kawad Senyap US Marine:

1 - "One error could thwart the reputation of the entire team and a legacy of more than 50 years of perfection."
2 - "To be a part of the Silent Drill Platoon, you must complete Silent Drill School, three months of intensive training and drilling more than nine hours each day."
--Battle Color Detachment storms station - MARINE CORPS AIR STATION YUMA, Ariz. (Feb. 17, 2006)

So, apa lagi, boleh la view video yang aku ambik dari youtube nie.



Yang ni oleh USA Marine Force

Best best
Kagum siottt...ntah camner diorang bleh wat timing.
Tapi kawad senyap TLDM tetap di hati.



Yang ni lak dak-dak TLDM Lumut. Diorang wat masa konsert Siti Nurhaliza dulu. Tahun berapa, aku pun dah lupa. Tapi yang pasti memang live kat TV.

Kira terer la TLDM, ramai tu skuad nak kena coordinate. Reserve Navy Volenteer pun ada wat jgk tau. Video dioarang pun ada gak dalam YouTube

Salute to TLDM. Sedia Berkorban

Tagged : Macam tak patut jerrr!!


1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu?
-Beach of life
-Sebab saya suka pegi pantai even tak suka mandi pantai (macinnn)
-Cuba pergi ke pantai di kawasan yang berombak besar (seperti di belah Pantai Timur Semenanjung) waktu malam dan cuba dengarkan bunyi ombak berderu. Silap2 boleh terpaku di sana beberapa jam.


2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
-http://www.yogurtdiary.blogspot.com
-yogurt cos memang gemar minum air yogurt. (Catatan masa 10 minit utk habiskan satu botol besar. Yummyyy)
-blogspot tu sebab dah sign in guna blogspot nak wat camner.Putt





3. Apakah method dalam penulisan blog anda?
-Method termenung di depan laptop selama 10 minit dengan jari di atas keyboard.
-Pengalaman sewaktu surf internet. Maybe ada bahan-bahan yang boleh di kongsi bersama.



4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
-Nop. I want to share with my daughter yang Abba pun ada wat blog gak time muda-muda dlu.hehehehe.
-Hope blog ni kekal sampai le bila-bila. Amin



5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
-Miss Putri Kirana Wijaya Kalingsongo Puspus.... Nice person, very good in impressing her emotion in her blog.


6. Senaraikan calon yang akan di tag:
-Mr Jef
-Syahim (Dah mmg tu je yang ada.hehehe)

E-books




Sini saya just nak kongsi satu e-book yg xkurang menariknya utk pengendali2 blog. Selamat membaca.

100 cara Promosi tingkatkan web traffic anda

Celcom Promotion




aku pun xtau nape aku sibuk sgt nak promote pakej celcom nie.
tapi aku rasa benda ni best la kalo orang lain tau.

Aku baru je pakai celcom Government Pack 50.

Memang menarik betul la. guna celcom broadband unlimited 3.6mb dgn hanya RM50 je sebulan. Laju memang laju. Transfer rate pun bleh sampai 300kbps kalo kat rumah aku kat Kota Bharu. Tapi kalo kat UUM standard 50kbps la pasal kat bilik aku xclear sgt.

Menarik memang menarik tapi yg yang xbest sgt pasal aku kena ambik line telefon celcom P48. Kiranya kena pakai minimun rm48 tiap2 bulan. Rate dia bleh tahan gak la. SMS 1sen/sms Celcom-Celcom, 3sen/sms Celcom-Others.Call rate plak 10sen/min celcom-celcom and 15sen/min celcom-others. Bleh wat 1+5 plan lagi. Yang parent punya aku bagi kat abg aku yg 2nd. aku just ambk suppliment line je. Rm5 je sebulan cakap byk mana pun.hohohoho

SEtakat aku kuar kat mana2 bandar aku mmg takder jumpa lagi la pakej nie. Memang dia wat utk government punya staff jer. Kebetulan abg tu ada pelawa aku masuk. So, apa lagi. Mula2 pendaftaran RM350. RM200 utk modem dan RM150 utk bil selama 3 bulan. DApat plak satu hs samsung(ada kamera beb).

So, setakat ni aku rasa celcom mmg paling byk bagi pakej2 menarik bagi pengguna internet kat Malaysia nie. Bravo Celcom.hohoho