Kelmarin bosan-bosan duk belek-belek pc si Akim, tetiba ternampak satu cerita tajuk "Brainscan Aku dan Topi Ajaib". Macam pernah dengar jer. Ni cite kuar tahun lepas. Tapi aku memang tak pernah tengok la.Dalam radio era tahun lepas dulu selalu ada mainkan iklan dia. Dengar tu macam kelakar juga. Tapi first impression memang aku ingat cerita ni macam cerita-cerita mengarut yang ntah hapa-hapa. Tapi bila dah tengok, memang silap besar la aku.
First-first babak Tuan Puteri kena culik ngan nenek kebayan tu, agak biasa lagi. Tapi bila dah masuk babak si Adruce tersedar dari mimpi tu yang menarik. Kelakar boleh tahan la. Sampai la kat depan sket tunjuk pasal abah ngan emak dia gaduh, memang kelakar habis. Dan si emak plak cakap Kelate pekat yang amat. sampai berair-air mata aku gelak tengok abah ngan emak dia tertukar badan. Hadoii la.
Komen aku cerita ni memang sangat sesuai di tonton bersama family n rakan-rakan. Memang enjoy. Sangat tidak rugi kalo beli DVD yang original. Hehehehe.
Macam tak percaya pulak rupa-rupanya pengarah tempatan kita masih ada idea untuk menghasilkan filem. 4 setengah bintang untuk Ahmad Idham. Selepas dia jadi pengarah cite Kasih ku Seru, cite-cite dia yang lain memang meletup habis. Agak-agak cite apa la yang akan dia arahkan lagi pasni. Tak sabar nak tau...
worth it ko tgk!!!!macam kebudak-budakkan sangatla
Memang berbaloi. But still some weakness with the line story. Macam telah dirombak di tengah2 jalan. Maybe nak jimatkan masa dan kos kot. But still entertaining.
Puteri, aku mau baju MU n Chelsea ek? hehehehe