~~Pegi Haji....~~


Tadi sempat la aku survey pasal pelaburan yang ada kat laman web nie. Maaf la kalo aku cakap, aku memang tak percaya sangat dengan pelaburan yang ada kat laman web nie(Kecuali e-commerce). Lagi-lagi yang ada unsur T.I.P.U. seperti yang aku pernah tengok dalam blog pengurus kewangan iaitu:

T = Tidak akan rugi (Invest RM1000, dapat untung 20-30% tiap2 bulan)

I = Indah khabar dari rupa (Pulangan tinggi gila-gila, risiko takder langsung)

P = Peluang hanya sekali

U = Untung besar gila-gila

Tapi selalu yang masuk skim-skim ni pun, sapa lagi kalo bukan orang Melayu. Hai, nasib la orang Melayu yang tak nak berubah. Mau kaya tanpa berusaha.

Tapi, ada satu pelaburan yang kalo aku cakap pun, mesti takkan boleh dipertikai iaitu pelaburan emas. Emas ni harga dia lagi stabil dan insyallah nilainya tidak akan hilang. Ye la, dah zaman Firaun lagi benda ni ada, tapi ramai juga duk berebut. Kalo setakat duit, duit syiling RM1 yang 10 tahun dulu laku, sekarang pun dah tak ada nilai.

Oleh sebab tu, Bank Negara Malaysia telah keluarkan satu pelaburan emas yang di kenali sebagai Kijang Emas. Dinar ni 99.9% adalah emas tulen. Syiling Dinar ni bleh di beli kat Maybank. Sekarang ni harga RM3353* utk 1 oz(31.105g), dulu kalo beli 18 Julai 2001, harganya RM1041.

That mean, kalo 2001 dulu nak pergi haji , kita menggunakan 12 keping dinar utk melakukan ibadah Haji di Mekah.(Assumption harga haji RM12000). So, sekarang 2009 kita hanya memerlukan 4-5 keping Dinar sahaja. Siap boleh bawak sorang lagi tu. Untung kan?

So, kalo ada duit, bleh la start melabur dengan emas. Kalo takder duit, kumpul la dulu duit, masuk pelaburan yang sah, contoh; bon, unit Trust, insurans daripada kita duk merapu masuk pelaburan yang ntah hapa-hapa.

Tapi ingat, emas ni tidak boleh di beli dengan bertangguh. Riba tu. So, kalo beli, pastikan emas tu ada di depan mata, boleh dilihat, di pegang, di gigit (Emas tulen jika di gigit akan meninggalkan kesan gigi) dan boleh di bawa balik.

Tapi jangan lupa pula ye, emas ni perlu di bayar zakat pada tiap-tiap tahun. Sucikanlah harta anda dengan zakat. Tak rugi pun bayar zakat nie.

P/S: Saya bukanlah agen Dinar emas atau apa-apa kaitan. Cuma sekadar perkongsian ilmu. So, tak payah la nak kontek saya kalo nak tanya mana nak beli dinar Emas nie. Pegi je ke Maybank yg berdekatan.

*Berdasarkan harga semasa. Boleh semak di sini
0 Responses