Kamal Attartuk Punya Kerja


Sedang aku melayan tengok tv, tiba-tiba keluar siri dari Discovery Channel yang membincangkan mengenai Tayyib Erdogan. Tak semena-mena aku jadi tertarik, kerana yang aku tahu Erdogan ini selalunya dikaitkan dengan parti pemerintah di negeriku ini. Dikatakan puak parti ini terbahagi kepada dua, iaitu Erdogan dan satu lagi dari Muzakarah. Muzakarah itu, mungkin aku sudah selalu dengar, walaupun perkataannya tidaklah aku faham dengan seratus peratus, tapi perkataan Erdogan ini aku rasa masih baru kerana jika di tanya kepada bekas ustazah Bahasa Arabku pun mungkin dia tidak tahu apalah maksudnya Erdogan itu.

Tayyib Erdogan ini adalah Perdana Menteri Turki sejak 14 March 2003. Selepas menghabiskan pelajaran di sekolah tinggi agama (Imam Hatip School), beliau melanjutkan pelajaran Universiti Marmara di Fakulti Ekonomi dan Sains pengurusan. Dalam rancangan itu juga menceritakan bagaiamana beliau telah menimbulkan kontroversi terhadap pro sekular di Turki dimana beliau telah meminda perlembagaan sekular Turki untuk membenarkan pelajar-pelajar wanita Islam di Universiti bagi memakai tudung. Perkara ini telah menyebabkan orang awam pro-sekular mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pindaan perlembagaan itu. Tapi ternyata perkara itu telah memberikan berita gembira kepada umat Islam Turki yang sudah lama ingin bebas mengamalkan ajaran Islam.

Dan sejak itu fesyen yang menutup aurat terus berkembang di Turki sehingga menarik hati pereka-pereka fesyen dari Eropah. Pekilang pakaian Islam di Turki ternyata berjaya mempelbagaikan lagi fesyen-fesyen supaya sesuai dengan ajaran Islam. Dan ini ternyata menarik minat orang Islam Turki yang tidak bertudung untuk mencuba pakaian yang lebih menutup aurat.

Tapi perlu diingatkan bahawa sistem pemerintahan di Turki adalah berlainan di mana para ahli parlimennya (yang sudah diketahui sangat kuat pegangan sekular itu) mempunyai kuasa yang sangat tinggi dan sudah tentu Erdogan perlu berjaga-jaga untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya supaya tidak terlalu dilihat menentang sistem sekular Iblis itu (walaupun telah disedari oleh ramai pihak).

Tapi anehnya pula kerana Discovery Channel itu tidak pula memaparkan bagaimana pada 29 Februari 2009, Erdogan telah meninggalkan Forum Ekonomi Dunia hanya selepas sejam majlis bermula, dimana ia dihadiri oleh Presiden Israel Shimon Perez(haha, padan muka engkau wahai Yahudi Israel) selepas dia memprotes kerana Perez diberi masa yang banyak untuk bercakap lebih dari ahli-ahli panel yang lain. Seterusnya beliau mengkritik Israel menangani Hamas dengan menghancur luluhkan semua bahagian di Gaza termasuk membunuh ramai wanita, kanak-kanak dan warga tua yang sudah tentu difikirkan dari logik akal tidak mampu untuk melawan tentera Israel yang kejam itu.

Dalam siri ini juga menunjukkan bagaimana Turki di dalam dilema bagi mengekalkan tradisi sekularnya dari perkembangan Islam di Turki, tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk menyertai Kesatuan Eropah. Bagi pro-sekular Turki, mereka fikir bahawa mereka tidak akan maju selagi mereka tidak menyertai Kesatuan Eropah(inilah akibatnya jika kesatuan Islam yang lemah), walaupun Perdana Menteri Receb Tayyip Erdogan dilihat ternyata lebih bervisi dan berpandangan jauh.

Jadi pada pendapat aku, apalah salahnya jika parti itu mempunyai puak Erdogan atau Muzakarah? Kedua-dua mempunyai maksud yang baik bagiku. Anggaplah ia seperti hari sukan di sekolah dimana nama rumah sukan menggunakan nama-nama orang-orang yang baik seperti Ali, Hamzah, Amru dan Abu Bakar As-Siddiq. Dan kita dapat lihat keterbukaan oleh Mursyidul Am parti itu dengan mengatakan bahawa, "Baguslah kita mempunyai kumpulan Erdogan, kerana Erdogan telah menghina si Israel itu."

Rasanya betul juga kata-kata beliau.Jadi perkara itu tidaklah patut dihairankan, lainlah dalam parti itu mempunyai puak Kamal Attartuk, memang patut kita melenting.

"Schollah"

Encik Eyo tiba-tiba ajak aku keluar pergi medan selera KB Mall, sememangnya tempat kesukaan aku. Dan di tambah pula dengan Encik Hilmi dan aweksnya. Jadilah bertambah gamat. Walaupun hanya kami bertiga(sebab aweks Hilmi itu hanya mendiamkan diri, jadi tukang dengar saja), tapi rasanya aku tetap rasa puas. Puas kerana sudah lama kami tidak berjumpa, dan puas kerana kami ini memang sangat 'kamcing' waktu sekolah dulu-dulu. Memang, aku sekolah dulu memang rapat dengan kawan-kawan, tapi dengan kawan satu negeri sahaja(faham-faham sajalah negeri mana). Mungkin sebab itu aku tidak ramai berapa rapat dengan kawan-kawan dari negeri lain(My stupidity).

Rupa-rupanya baru aku perasan, masa sekolah dulu adalah masa yang sangatlah syok. Tak kiralah dari darjah atau tingkatan berapa, sebenarnya waktu belajar adalah waktu kita mula mencari identiti. Teringat dulu masa aku tingkatan 3, terkinja-kinja menghafal lagu-lagu hip hop, konon mahu kelihatan urban di kalangan kawan-kawan. Bangga dapat menyanyi lagu-lagu Hip Hop dengan cepat, kononnya mahu dikatakan fasih bahasa Inggeris, tapi bila ujian bahasa inggeris, macam tu juga. Tak ada peningkatan.

Kemudian, tukar jadi Mat Skater pula(padahal aku main in-line skate). Kononnya minat, tiap-tiap bulan sanggup ikat perut semata-mata nak beli majalah "SkateBoarding"(Tak tahulah masih ada ke tak). Beli pula rantai wallet yang agak panjang, supaya boleh dilihat orang dan trendy(padahal bila dibuka wallet itu hanya ada RM3).Semuanya disebabkan krisis identiti.

Sekarang ni, aku rasa mahu jadi sesempoi yang boleh. Ringkas tapi kemas, nerd tapi cool. Yang penting, tutup aurat. Hahahaha. Boleh ke jadi macam tu?

REmp-It or Samseng Jalanan???



Selepas jogging pagi tadi, tiba-tiba Shahrul kawanku mengajak aku pergi ke kawasan bebas cukai iaitu Rantau Panjang. Oleh kerana aku pun sudah lama tidak pergi, aku terima saja. Lagipun hari sabtu tak bermakna kalau tidak berjalan-jalan bersama kawan-kawan, bagi aku la.

Dan pagi ini sengaja aku tidak memandu kereta, sebab aku mahu cuba naik motosikal Shahrul pula. Ye la, lagipun hari minggu ini, kereta sangatlah banyak, samada dari dalam negeri atau luar negeri. Tambahan pula jalan di negeri Kelantan ini kebanyakannya hanya 2 baris sahaja. Dua di sebelah kanan, dan dua di kiri dan kebanyakan jambatannya pula hanya satu baris. Cuba bayangkan kereta yang banyak itu menerjah jalan-jalan di Kelantan, sudah tentu boleh jadi sakit kepala jadinya.

Sebenarnya banyak kelebihan naik motosikal ni, di samping tidak perlu berbaris panjang di lampu isyarat, tapi boleh juga masuk ke lorong-lorong yang kecil, yang hanya boleh dilalui oleh satu kereta sahaja bagi satu-satu masa.

Tapi aku puji dengan kalakuan Shahrul membawa motor. Walaupun di bawa laju, tetapi peraturan masih di ikut. Lampu isyarat tidak pernah dilanggar. Ya la, selalunya bagi golongan rempit ini, asal jalan kosong saja, terus dilanggar walhal lampu masih merah menyala bak mata naga. Tapi nampaknya rempit-rempit si Shahrul ni, akal masih mengatasi nafsu. Tapi masalahnya tak ramai mat rempit yang begini. Biasanya mereka sentiasa di momokkan dengan perlakuan liar serta akhir-akhir ini hingga membawa kepada kematian.

Pada pandangan akulah, banyak faktor lahirnya golongan rempit-rempit@ samseng jalanan ini.

1) Memang di Malaysia ini ramai penunggang motor.
Kebanyakan ibubapa membelikan motor kepada anak-anak mereka selepas sahaja mereka layak untuk mendapatkan lesen. Tapi ada juga walaupun lesen masih belum ada, motor sudah tersedia. Kadang-kadang kalau 5 anak, maka 5 buahlah motor terparkir di depan rumah. Kaya betul orang Malaysia ni.

2)Jalan yang agak sempurna.
Jalan baik, lancar, tak ada lubang, memang tarafnya adik sedikit dari litar Sepang. Memang terpaksa diakui JKR telah melakukan tugas dengan baik, walaupun ramai mengatakan JKR ini hasil dari perkataan "Jangan Kerja Rajin", tapi tanpa mereka, sudah semestinya kereta kita tahan hanya 5 tahun sahaja, remuk-remuk akibat lalu di jalan yang pecah. Terima kasih kepada Samy Vellu, walaupun sudah lama pencen, jasamu tetap dikenang.

3)Pengaruh kawan-kawan.
Sifat yang mencabar-cabar antara satu sama lain menyebabkan mereka cuba untuk meniru aksi-aksi bahaya yang ditunjukkan oleh oleh rempit-rempit yang lagi senior. Ya, orang Malaysia, lagi-lagi orang Melayu ini memang pantang di cabar. Tapi sayang, cabaran disahut dengan cabaran yang membawa perkara yang kurang berfaedah. Kalau dicabar di dalam pelajaran, lagi rela di gelar Mak Nyah daripada terpaksa memegang buku.

4) Memang mereka mahir menunggang motor.
Ya lah, buka mata saja, tengok motor dulu, lepas makan pagi, lap-lap motor buang-buang habuk, tengahari berjalan dengan motor sampailah ke maghrib. Itu pun disambung semula sampai ke pagi buta. Duduk atas motor lagi lama daripada duduk atas kerusi, manalah tak mahir. Willie, Wikang, itu semua small matter. Boleh dibawa bincang. Kadang-kadang kita yang membawa kereta ini pun takut nak mencelah, sebab mereka lagi mahir, siap mencelah di antara dua buah treller pun. Hebatkan orang Malaysia? Hollywood pun tengah cari untuk dijadikan "stuntman" cerita James Bond.

5)Cuaca Malaysia ini yang sememangnya panas dan berhabuk.
Bayangkan terpaksa terpacak dekat lampu isyarat waktu tengahari yang panasnya terik, betapa seksanya. Sebab itu kebanyakan penunggang motor, tengok saja tak ada kereta, terus jalan walaupun lampu masih merah. Dan bawa motor, mestilah laju sebab nak ambil angin untuk sejukkan badan. Tapi itu tak sepatutnya dijadikan alasan untuk merempit. Tak patut dijadikan alasan untuk memotong enjin supaya lebih laju, ekzos yg lebih bising kononnya kerana cuaca Malaysia yang panas. Kalau diberi alasan itu kepada polis traffik, lagi cepatlah anda dibawa ke lokap.

6)Kurang kesedaran oleh ibubapa
Kurangnya kesedaran dari ibu bapa mengenai keselamatan di jalan raya, etika dan peraturan. Ibu bapa boleh selamba membiarkan anak mereka menaiki motor walau baru berumur 7 tahun(tapi kalau difikir, motor itu yang membawa mereka). Kadang-kadang anak-anak yang merempit ini pun, ibubapanya juga dulu bekas mat rempit dan minah rempit juga. Tapi bukan semua. Anak-anak naik basikal pun masih belum dicabut tayar 4, tapi motor sudah mahir di bawa. Maju betul anak-anak zaman sekarang. Belum pandai merangkak tapi sudah pandai berlari. Kalau nak pergi kedai beli tepung pun, si emak pula menggalak, "Naik saja motor bapak kau. Cepat sikit bawa motor tu. Nanti bapak kau balik, mahu makan apa?" Bila ditegur budak itu, kita pula di marah emaknya. Bak kata orang tua-tua "Emak kencing berdiri, anak kencing berlari."

Itu sahaja yang aku sempat fikirkan. Seharusnya kerajaan dan masyarakat harus bekerjasama bagi membanteras perkara ini dari terus menular. Dan tidak dinafikan bahawa trend ini semakin bertambah dari masa ke semasa. Kita seharusnya berharap agar kita tidak menjadikan jalan raya ini sebagai kubur-kuburan kepada anak-anak kita. Ingatlah.

Rokok


"Nah, try la sebatang," pelawa kawan aku ini.
"Ambik la, kira aku sedekah kat hang la ni. Lagipun rokok ni free ja. Budak bilik sebelah yang bagi kat aku. Dia balik kampung dia kat Langkawi, dia ada bawah balik satu kartun," pelawa kawan aku ni sekali lagi.

Aku kehairanan. Hairan sebab dia tahu aku tak hisap "benda" ini, tapi masih lagi nak pelawa aku. Dan lagi hairan sebab aku tahu dia sebelum ni tak hisap rokok. Aku ambil rokok tu. Dia cuma tersenyum tengok aku.

Aku ambil rokok tu dan letak di bibir. "Apa la rasa hisap rokok ni ek?" fikir aku.

Tiba-tiba kawan aku hulurkan pencucuh api. Tapi aku tolak tangannya. Dia hairan.

Tiba-tiba "Nah, ambik la balik rokok ni. Kata Tak Nak kepada rokok," kata aku sambil ketawa, walaupun dalam hati, aku benci.

Aku bukan tak pernah hisap rokok. Dulu aku hisap rokok daun. Walaupun hanya rokok daun, tapi tidak kurang bahayanya juga, masih lagi mampu menghitamkan paru-paru. Dan tiba-tiba aku sedar yang aku sudah ketagih rokok daun, hari-hari selepas makan, aku mesti pergi bilik kawan aku dan gulung rokok daun.

Jadi untuk mengelakkan aku pergi kepada rokok yang lebih advance, aku berhenti terus dari menghisap rokok daun itu.

Entah kenapa, aku benci dengan asap rokok. Bagi aku, adalah satu kebodohan yang amat nyata menghisap 1001 racun di dalam rokok semata-mata untuk kelihatan "cool" atau konon-kononnya untuk melepaskan tekanan. Oh, bodohnya manusia.

Bagi aku, perokok ini sebenarnya bebal (maaf kawan-kawan,abang-abang tapi aku harus berterus-terang). Salah satunya mereka kelihatan sangatlah bodoh sewaktu berkata, "Bos, rokok sebatang bos," walhal air milo ais orang pun mereka segan untuk minta, tapi bila rokok, siap boleh kongsi-kongsi,tiba-tiba muka jadi tebal. Jadi kalis malu.

Pernah juga aku diperli, kata macam pondanlah, tak macho, tak cool, nerd sebab aku tak merokok. Ah, persetankan sahaja mereka. Bila dinasihatkan pula, kata kubur lain-lain. Habis, kalau aku tak nasihat, aku tak dikira subahat? Kamu juga yang akan tarik aku sama ke neraka nanti.

Pernah sewaktu aku masih di matrikulasi,aku tinggal berempat, 2 orang dari rakan sebilikku adalah perokok, dan seorang lagi tidak merokok, tapi boleh tahan dengan asap rokok. Bagi aku, asap rokok itu seperti kentut lembu, penuh dengan gas ammonia. Aku takkan jadi bodoh untuk membiarkan diriku terhidu "kentut lembu"itu. Sewaktu aku tengah tidur di bilik, ramai kawan-kawan rakan sebilik aku datang. Masing-masing semua ada rokok di tangan. Pintu dan tingkap ditutup rapat, untuk mengelakkan daripada ditangkap fellow, kerana rumah fellow hanya di sebelah bilik kami.

Hanya Allah sahaja tahu betapa lemasnya aku waktu itu. Aku bingkas bangun dan terus ke bilik kawan aku. Sejak itu, aku tak pernah tidur lagi dibilik. Pindah.

Perokok ini jenis yang tidak kisah. Tulislah sebesar mana pun kempen merokok, seteruk mana pun gambar di atas rokok, tapi mereka tetap akan membeli. Sebab yang penting, puas.

Tapi harus juga berterima kasih, sebab dengan kebebalan mereka, ternyata boleh menambahkan lagi pendapatan negara. Naikkan sahaja duti rokok ini ke berapa kali ganda, ke berapa peratus, tapi yang kaya tetap membeli, yang miskin tetap mencari-cari. Jangan bimbang wahai perokok-perokok sekalian, kerajaan tidak akan mengharamkan rokok, kecuali kerajaan yang betul-betul prihatin. Tak ada yang akan berani mengangkat muka apabila harga rokok naik, tak ada parti politik yang lain akan menentang, dan tak akan ada memorandum dari NGO-NGO menentang kenaikan harga rokok.

Ya, kalian boleh memberi bermacam-macam alasan bodoh untuk membenarkan kalian untuk menghisap rokok, tapi sepandai-pandai bangsa Yahudi pun telah mengharamkan rokok ke atas setiap umat mereka. Jadi, yang bodohnya, Kita!

Tapi, Alhamdulillah, di pejabatku walaupun ada 6 orang pekerja lelaki, tetapi tidak ada seorang pun yang merokok, termasuklah bos aku. Cayalah.

Nasi Ikan


Aku melihat jam di lenganku. "Baru 8.30pagi. Sempat lagi 15 minit untuk makan pagi", bisik aku.

"Jom kita makan nasi berlauk dulu" ajak aku kepada kawan-kawan sepejabatku.

"Jom," jawab mereka.

Macam nak melompat-melompat rasanya aku. Dah lama aku tak makan nasi berlauk. Sejak dari kejadian kucing itu, sudah lama aku tak makan nasi yang cukup terkenal di negeri Pantai Timur itu. Ye lah, negeri lain, mana ada yang makan nasi di pagi-pagi hari? Silap-silap, orang pun terkejut dengan orang Kelantan makan nasi di pagi hari.

Hari ini juga macam biasa, aku memesan nasi berlauk ikan tongkol. Lauk kegemaran aku.

Sampai sahaja nasi itu, aku terus ambil sudu dan garfu, baca doa dan terus makan. Sambil makan tu, ada sempat juga berbincang pasal kerja-kerja yang akan dikerjakan selepas ini, disamping "memakan daging" orang lain. Hehehe

Tiba-tiba ada seorang kawan aku berkata, "Banyak tulanglah ikan aku ni".
Aku pun dengan selamba kata, "Eh, aku punya tak ada tulang pun?".

Tiba-tiba bila aku hendak menelan nasi yang sudah dikunyah, aku terasa macam satu benda yang mencucuk kerongkong. Rasa pedih semacam.

Rupa-rupanya aku sudah tercekik tulang. Kaget sebentar. Aku cuba untuk mengeluarkan tulang itu, tapi takut pula orang lain tak ada selera melihat aku nanti. Jadi, aku hanya pergi ke sink dan basuhkan mulut, sambil cuba-cuba berkumur untuk mengeluarkan tulang itu. Tapi ternyata tidak berhasil.

Selepas balik dari kedai makan itu, aku bungkus bawa balik Kuih Seri Muka dari kedai itu. Bukan sebab perut aku lapar, tapi aku hendak telan bulat-bulat supaya tulang itu terus masuk ke dalam perut.

Bila sampai di pejabat, aku cuba menelan kuih yang aku beli tadi. Namun tetap tak berhasil. Rasa rugi pula makan kuih, tetapi terus ditelan, memang tidak ada rasa langsung. Rasa manisnya pun tidak ada.

Sudah pukul 9.30pagi, tulang itu masih lagi bermain-main di dalam tekakku. Kerja aku masih banyak, tekak pula buat hal.

Aku nekad, aku terus bangun dari kerusi dan terus ke tandas. Aku hadapkan muka aku ke sink. Aku mencuba-cuba untuk korek keluar tulang itu dengan tangan. Rasa macam nak termuntah. Tapi aku terus korek juga, dan tiba-tiba. "Ha, dapat." Terus aku tarik tulang itu dari kerongkong. Panjang betul tulang itu. Rasa-rasanya dalam 3cm. Siap bercabang dua lagi. Patutlah aku rasa macam nak muntah.

Lega rasanya bila tulang sudah dibuang. Tapi tekakku masih lagi sakit. Mungkin tekak aku telah cedera sebab dicucuk tulang ikan tongkol itu. Insaf betul aku. Lepas ini, aku tak akan makan nasi lauk ikan dengan sudu garfu lagi. Huhuhuhu

Membujang Lagi

Bujang lagi. Tiada orang di rumah. Semua perlu dibuat sendiri. Makan malam pun aku hanya makan di kedai. huhuhu

Gila aku dengan facebook sudah kurang. Mungkin sebab di pejabatku tiada internet. Perlu minta dulu baru boleh sambung. Kalau tidak, facebook itu sudah ku anggap macam melihat harga saham. Ada update sahaja terus ku balas. Buang masa kan? hehehe

Hari jumaat, aku beli sebuah alat penimbang berat badan(walaupun poketku sudah hampir kering, perbelanjaan kurang bijak, saudara-saudari jangan ikut). Jadi, selepas ini tidak perlu lagi cari syiling di supermarket, untuk di masukkan ke dalam alat penimbang. Tapi sudah jadi gila penimbang. Lepas makan, lepas jogging, lepas mandi, lepas solat , mesti ku lompat di atas penimbang itu. Tapi yang nyata, jarumnya tetap steady. Tetap sama. huhuhuhu. Perlu lebih usaha lagi.

Ke arah hidup yang lebih sihat!

Meningkat Lagi

Alhamdulillah kali ni dah hari ke-2 praktikal. Penat juga rupanya praktikal ni. Hari pertama lagi sudah kena hantar pergi audit. Macam cultural shock pula. Baru kelmarin enak-enak berehat di rumah, hari ini sudah sibuk mengira-ngira nombor.

Kagum betul dengan pekerja firma audit tempat praktikalku. Pagi-pagi masuk pejabat sudah buka komputer selesaikan kerja. Mengumpat-ngumpat waktu kerja macam tiada dalam kamus mereka agaknya. Kalau berbual pun, matanya masih mengadap komputer. Agaknya begitu la suasana bekerja di firma audit. Sibuk. Lagi-lagi kebanyakan akaun akan ditutup dalam bulan Jun. Aku pun sama la, sama-sama mengangkut fail dan pergi mengaudit dokumen. Pedih mata bang oiii.

Tapi yang seronok tentang praktikum ni sebab pekerja firma audit ni kira baik-baik la. Peramah lagi. Dan lagi tak lokek bab-bab berkongsi ilmu.

Dan part time ku dalam unit trust pun semakin bertambah baik. Aku lama diamkan diri. Mungkin sebab dah lama tak tinjau harga dana. Tadi bila tengok dah harga dah makin naik, rasa semangat balik. Alhamdulillah. Semoga bertambah rezeki buat clientku hendaknya.heheh.