"Nah, try la sebatang," pelawa kawan aku ini.
"Ambik la, kira aku sedekah kat hang la ni. Lagipun rokok ni free ja. Budak bilik sebelah yang bagi kat aku. Dia balik kampung dia kat Langkawi, dia ada bawah balik satu kartun," pelawa kawan aku ni sekali lagi.
Aku kehairanan. Hairan sebab dia tahu aku tak hisap "benda" ini, tapi masih lagi nak pelawa aku. Dan lagi hairan sebab aku tahu dia sebelum ni tak hisap rokok. Aku ambil rokok tu. Dia cuma tersenyum tengok aku.
Aku ambil rokok tu dan letak di bibir. "Apa la rasa hisap rokok ni ek?" fikir aku.
Tiba-tiba kawan aku hulurkan pencucuh api. Tapi aku tolak tangannya. Dia hairan.
Tiba-tiba "Nah, ambik la balik rokok ni. Kata Tak Nak kepada rokok," kata aku sambil ketawa, walaupun dalam hati, aku benci.
Aku bukan tak pernah hisap rokok. Dulu aku hisap rokok daun. Walaupun hanya rokok daun, tapi tidak kurang bahayanya juga, masih lagi mampu menghitamkan paru-paru. Dan tiba-tiba aku sedar yang aku sudah ketagih rokok daun, hari-hari selepas makan, aku mesti pergi bilik kawan aku dan gulung rokok daun.
Jadi untuk mengelakkan aku pergi kepada rokok yang lebih advance, aku berhenti terus dari menghisap rokok daun itu.
Entah kenapa, aku benci dengan asap rokok. Bagi aku, adalah satu kebodohan yang amat nyata menghisap 1001 racun di dalam rokok semata-mata untuk kelihatan "cool" atau konon-kononnya untuk melepaskan tekanan. Oh, bodohnya manusia.
Bagi aku, perokok ini sebenarnya bebal (maaf kawan-kawan,abang-abang tapi aku harus berterus-terang). Salah satunya mereka kelihatan sangatlah bodoh sewaktu berkata, "Bos, rokok sebatang bos," walhal air milo ais orang pun mereka segan untuk minta, tapi bila rokok, siap boleh kongsi-kongsi,tiba-tiba muka jadi tebal. Jadi kalis malu.
Pernah juga aku diperli, kata macam pondanlah, tak macho, tak cool, nerd sebab aku tak merokok. Ah, persetankan sahaja mereka. Bila dinasihatkan pula, kata kubur lain-lain. Habis, kalau aku tak nasihat, aku tak dikira subahat? Kamu juga yang akan tarik aku sama ke neraka nanti.
Pernah sewaktu aku masih di matrikulasi,aku tinggal berempat, 2 orang dari rakan sebilikku adalah perokok, dan seorang lagi tidak merokok, tapi boleh tahan dengan asap rokok. Bagi aku, asap rokok itu seperti kentut lembu, penuh dengan gas ammonia. Aku takkan jadi bodoh untuk membiarkan diriku terhidu "kentut lembu"itu. Sewaktu aku tengah tidur di bilik, ramai kawan-kawan rakan sebilik aku datang. Masing-masing semua ada rokok di tangan. Pintu dan tingkap ditutup rapat, untuk mengelakkan daripada ditangkap fellow, kerana rumah fellow hanya di sebelah bilik kami.
Hanya Allah sahaja tahu betapa lemasnya aku waktu itu. Aku bingkas bangun dan terus ke bilik kawan aku. Sejak itu, aku tak pernah tidur lagi dibilik. Pindah.
Perokok ini jenis yang tidak kisah. Tulislah sebesar mana pun kempen merokok, seteruk mana pun gambar di atas rokok, tapi mereka tetap akan membeli. Sebab yang penting, puas.
Tapi harus juga berterima kasih, sebab dengan kebebalan mereka, ternyata boleh menambahkan lagi pendapatan negara. Naikkan sahaja duti rokok ini ke berapa kali ganda, ke berapa peratus, tapi yang kaya tetap membeli, yang miskin tetap mencari-cari. Jangan bimbang wahai perokok-perokok sekalian, kerajaan tidak akan mengharamkan rokok, kecuali kerajaan yang betul-betul prihatin. Tak ada yang akan berani mengangkat muka apabila harga rokok naik, tak ada parti politik yang lain akan menentang, dan tak akan ada memorandum dari NGO-NGO menentang kenaikan harga rokok.
Ya, kalian boleh memberi bermacam-macam alasan bodoh untuk membenarkan kalian untuk menghisap rokok, tapi sepandai-pandai bangsa Yahudi pun telah mengharamkan rokok ke atas setiap umat mereka. Jadi, yang bodohnya, Kita!
Tapi, Alhamdulillah, di pejabatku walaupun ada 6 orang pekerja lelaki, tetapi tidak ada seorang pun yang merokok, termasuklah bos aku. Cayalah.
masalah merokok merupakan satu PENYAKIT...para perokok ketagih seperti la penagih dadah
kerana di dalam rokok tersebut ada nicotine...dan percaya atau tidak..rokok merupakan cara terbaik untuk nicotine diserap paling cepat dan sampai ke otak untuk memberikan kenikmatan
pengalaman saya selama 2 kali membuka booth berhenti merokok mengajar bahawa kebanyakan perokok merasakan diri mereka tidak bermasalah dan kalau bermasalah pun, mereka tidak mahu tampil ke hadapan
sebenarnya, pelbagai kaedah perubatan dan rawatan ditawarkan untuk berhenti merokok. nicotine patch..nicotine gum..nicotine inhaler,..bupropion..dan bnyk lagi
berjumpa lah dengan pengamal perubatan, farmasi berdekatan, dapatkan khidmat nasihat...hendak seribu daya..merokok itu haram...
solaharith,
masalahnya penyakit ini adalah satu-satunya penyakit di jual di dalam kotak, penyakit ini terdapat di rak-rak kedai runcit atau pasaraya.
Dengan kebebalan, mereka membeli penyakit itu dengan wang yang mungkin boleh disalurkan kepada arah yang lebih baik, berfaedah. Baik di hulur sahaja wang itu kepada tabung masjid. Insyallah, kalau ikhlas, lagi besar pahalanya
ma aku masa mengandung kempunan nak isap rokok.harharhar
haha... yea?
masa mengandung, macam2 la. ada dekat rumah aku kempunan nak hisap asap bas. lagi creepy