Sedang aku melayan tengok tv, tiba-tiba keluar siri dari Discovery Channel yang membincangkan mengenai Tayyib Erdogan. Tak semena-mena aku jadi tertarik, kerana yang aku tahu Erdogan ini selalunya dikaitkan dengan parti pemerintah di negeriku ini. Dikatakan puak parti ini terbahagi kepada dua, iaitu Erdogan dan satu lagi dari Muzakarah. Muzakarah itu, mungkin aku sudah selalu dengar, walaupun perkataannya tidaklah aku faham dengan seratus peratus, tapi perkataan Erdogan ini aku rasa masih baru kerana jika di tanya kepada bekas ustazah Bahasa Arabku pun mungkin dia tidak tahu apalah maksudnya Erdogan itu.
Tayyib Erdogan ini adalah Perdana Menteri Turki sejak 14 March 2003. Selepas menghabiskan pelajaran di sekolah tinggi agama (Imam Hatip School), beliau melanjutkan pelajaran Universiti Marmara di Fakulti Ekonomi dan Sains pengurusan. Dalam rancangan itu juga menceritakan bagaiamana beliau telah menimbulkan kontroversi terhadap pro sekular di Turki dimana beliau telah meminda perlembagaan sekular Turki untuk membenarkan pelajar-pelajar wanita Islam di Universiti bagi memakai tudung. Perkara ini telah menyebabkan orang awam pro-sekular mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah pindaan perlembagaan itu. Tapi ternyata perkara itu telah memberikan berita gembira kepada umat Islam Turki yang sudah lama ingin bebas mengamalkan ajaran Islam.
Dan sejak itu fesyen yang menutup aurat terus berkembang di Turki sehingga menarik hati pereka-pereka fesyen dari Eropah. Pekilang pakaian Islam di Turki ternyata berjaya mempelbagaikan lagi fesyen-fesyen supaya sesuai dengan ajaran Islam. Dan ini ternyata menarik minat orang Islam Turki yang tidak bertudung untuk mencuba pakaian yang lebih menutup aurat.
Tapi perlu diingatkan bahawa sistem pemerintahan di Turki adalah berlainan di mana para ahli parlimennya (yang sudah diketahui sangat kuat pegangan sekular itu) mempunyai kuasa yang sangat tinggi dan sudah tentu Erdogan perlu berjaga-jaga untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya supaya tidak terlalu dilihat menentang sistem sekular Iblis itu (walaupun telah disedari oleh ramai pihak).
Tapi anehnya pula kerana Discovery Channel itu tidak pula memaparkan bagaimana pada 29 Februari 2009, Erdogan telah meninggalkan Forum Ekonomi Dunia hanya selepas sejam majlis bermula, dimana ia dihadiri oleh Presiden Israel Shimon Perez(haha, padan muka engkau wahai Yahudi Israel) selepas dia memprotes kerana Perez diberi masa yang banyak untuk bercakap lebih dari ahli-ahli panel yang lain. Seterusnya beliau mengkritik Israel menangani Hamas dengan menghancur luluhkan semua bahagian di Gaza termasuk membunuh ramai wanita, kanak-kanak dan warga tua yang sudah tentu difikirkan dari logik akal tidak mampu untuk melawan tentera Israel yang kejam itu.
Dalam siri ini juga menunjukkan bagaimana Turki di dalam dilema bagi mengekalkan tradisi sekularnya dari perkembangan Islam di Turki, tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk menyertai Kesatuan Eropah. Bagi pro-sekular Turki, mereka fikir bahawa mereka tidak akan maju selagi mereka tidak menyertai Kesatuan Eropah(inilah akibatnya jika kesatuan Islam yang lemah), walaupun Perdana Menteri Receb Tayyip Erdogan dilihat ternyata lebih bervisi dan berpandangan jauh.
Jadi pada pendapat aku, apalah salahnya jika parti itu mempunyai puak Erdogan atau Muzakarah? Kedua-dua mempunyai maksud yang baik bagiku. Anggaplah ia seperti hari sukan di sekolah dimana nama rumah sukan menggunakan nama-nama orang-orang yang baik seperti Ali, Hamzah, Amru dan Abu Bakar As-Siddiq. Dan kita dapat lihat keterbukaan oleh Mursyidul Am parti itu dengan mengatakan bahawa, "Baguslah kita mempunyai kumpulan Erdogan, kerana Erdogan telah menghina si Israel itu."
Rasanya betul juga kata-kata beliau.Jadi perkara itu tidaklah patut dihairankan, lainlah dalam parti itu mempunyai puak Kamal Attartuk, memang patut kita melenting.
ilmu tahap tinggi ni.aku jadi mabuk baca.hahhahahha
abe,aku demam..guano ni????????????
Bagus jugak ada astro kat rumah nie.heheheh. weh, biar betul. tunggu ok dulu baru balik. Kalau tidak, memang habis la mu kena kuarantin. Bukan mu sore, tapi satu flight tu. Nasihat aku, makan lah tom yam pedas byk supaya cepat berpeluh dan sembuh.hehehe