Dalam kalut ribut mengenai ISA, kadang-kadang jadi sedih dan sayu. Kebanyakan yang ditangkap semuanya orang Melayu. Yang kerja kerajaan, sudah tentu diambil tindakan, dan pelajar IPTA, lagi lah. Mungkin terpaksa di gantung sem. Kasihan. Seharusnya penganjur perhimpunan itu bertanggungjawab untuk membebaskan kebanyakan yang ditahan. Pastikan pelajar IPTA itu boleh meneruskan pengajian seperti biasa. Lantik peguam yang terbaik.
Tidak dinafikan demonstrasi begini lebih banyak mendatangkan keburukan kerana fikiran rata-rata masyarakat yang masih lagi minda dunia ketiga dan demonstrasi dianggap taboo dikalangan rakyat Malaysia.
Malaysia mungkin masih lagi belum mencapai tahap negara maju. Di negara maju sebarang demonstrasi dan perarakan dibenarkan dengan syarat mematuhi syarat-syarat yang tertentu, tidak kira samada demonstrasi itu tentang apa. Samada menentang kerajaan ataupun tidak.(perkara ini sangat susah berlaku di Malaysia)
Contohnya di Perancis, umat Islam di sana mengadakan demonstrasi menentang kerajaan yang ingin menghalang wanita Islam dari memakai tudung atau sebarang simbol agama. Kita dapat lihat mereka boleh mengadakan demonstrasi, dan menakjubkan lalu lintas dikawal oleh polis trafik supaya perjalanan menjadi lancar. Tidak timbul isu polis menembak gas pemedih mata atau menggunakan "water canon", dan air asid bagi meleraikan demonstrasi.
Bagi keadaan negara kita, dimana demonstrasi adalah lebih "haram" dari disko dan pusat judi yang bertebaran, mungkin cadangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sangat boleh diterima pakai.Klik di sini untuk keterangan lanjut. Biarlah mufti yang memutuskan samada undang-undang ISA ini berbentuk kezaliman ataupun tidak. Tetapi badan mufti hendaklah independence, yakni tidak terikat serta adil dalam membuat keputusan. Insyallah dengan keputusan itu akan menerangi kegelapan yang menyelubungi seluruh umat manusia hendaknya. Dengan keputusan mufti, Insyallah umat Islam mungkin akan lebih berlapang dada.
Akhir kata, mengambil petikan dari Filem Harold and Kumar, "Love your country, but not your government,". Kerajaan mungkin boleh berlaku kejam, tetapi tidak negara kita. Allah SWT bless Malaysia!
P/S : My bro Jef, mintak izin ambik gambar ye?hehe
adalah perlu untuk melihat overview penduduk dan rakyat d sesuatu tempat adakah penerimaan terhadap demonstrasi jalan adalah terbuka dan tidak mendatangkan keburukan. dan juga kesanggupan para penganjur untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku semasa demonstrasi diadakan... jika itu semua boleh dipikul dan di terima mungkin pihak berkuasa boleh meluluskn perhimpunan yang diadakan. akan tetapi jika pihak penganjur seperti yang kita lihat di negara kita, mereka tidak bertanggungjawab dan tidak dapat mngawal tinkah laku penyokong yang dibawa maka adalah sgt wajar bagi pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga keamanan rakyat dan penduduk yang lain dengan membanteras dan melarang perhimpunan seumpamanya diadakan.
Jika berdasarkan overview, nampaknya masyarakt kita tak ada masalah. Kerana sejak kita sebelum merdeka, orang-orang di Tanah Melayu sudah pun didedahkan dengan demonstrasi contohnya dalam menentang Malayan Union dan demonstrasi dalam menuntut kemerdekaan.
Ya, memang betul. Penganjur perlu bertanggungjawab terhadap segala perlakuan yang dilakukan oleh para peserta demonstrasi. Cuma saya agak pelik kerana demonstrasi ISA yang dijalankan tidakpun bertujuan untuk mengadakan huru-hara. Ini sebab tidak ada yang memegang kayu, atau pedang. Tidak ada kereta yang diterbalikkan, dan tak ada tayar yang dibakar oleh peserta demonstrasi. Kalau ada, sudah tentu gambar itu menjadi gambar wajib setiap surat khabar Barisan Nasional.Sebalik kekecohan hanya dilihat sewaktu penangkapan dilakukan serta tembakan bom asap dan water cannon oleh anggota FRU.
Dan tahukah? kerosakan barang-barang jualan di gerai-gerai ditepi jalan berlaku akibat terkena bom asap anggota FRU. Bukannya disebabkan peserta demonstrasi menyerang para peniaga.
Jadi saya lihat, kekecohan hanya berlaku sewaktu penyuraian yang dilakukan oleh anggota FRU, bukan kerana perlakuan peserta demonstrasi. Sekian sahaja pendapat saya.
Sebenarnya perhimpunan ni adalah tidak perlu kerana PM sudah menyatakan hasrat untuk menilai dan mengkaji semula ISA, maka sebarang demonstrasi atau perhimpunan adalah tidak perlu selagi keputusan belum dikeluarkan hasil dari kajian semula oleh kerajaan. Sebenarnya kita sudah sedia maklum yang pembangkang cuba untuk mempolitikkan isu ni, mungkin selepas kerajaan pusat meminda atau memansuhkn akta ni maka pihak pembangkang bolehlah bermegah2 kepada rakyat konon nya ia adalah usaha dari perhimpunan tersebut walhal perkara ini mmg sudah dalam proses kajian.
Kita perlu melihat keperluan akta ini utk mengekang perkara atau kejadian dan menahan individu yang melakukan kesalahan yg boleh mengugat keselamatan negara yang mana undang2 negara tidak boleh digunakn atau terhad... bukan hanya kerajaan BN sahaja yg perlukan akta seperti ini tatapi jika PKR skalipun yang menjadi kerajaan adalah wajar untuk mempraktikkan akta ini bagi menjaga keselamatan negara dari perkara2 yang boleh membahayakn negara.
pihak polis hanya menjalankan tugas mereka dengan meleraikan perhimpunan yang tidak mempunyai permit dan pihak polis juga telah melarang dari awal lagi, jika polis tidak melarang perkara ini maka ibarat polis tidak melakukan kerja.. adakah wajar pihak polis membiarkan sahaja perhimpunan yang tidak mempunyai permit berlangsung dengan sewenang-wenangnya?? apakah munkin dikemudian hari lebih banyak pihak mengambil kesempatan keatas ketidak tegasan pihak polis ini dengan melakukan lebih bnyk perhimpunan haram lagi?
Ya, itu memang betul. Perhimpunan itu seharusnya tidak berlaku kerana kerajaan sedang mengkaji perkara tersebut.
Tetapi, kita dapat lihat dengan perkara-perkara terdahulu contohnya dalam isu PPSMI, saya rasa kalau masih belum diadakan demo PPSMI itu, mungkin kerajaan masih berdolak-dalik bagi mengubah dasar pelajaran tersebut. Sebenarnya mereka pun sedar dasar PPSMI memang mempunyai kelemahan yang besar dan kerugian yang terpaksa di tanggung sudah tentu oleh bumiputera, tapi oleh kerana waktu itu mereka masih ada perasaan "government is always right", maka kajian yang dilakukan hanya kajian tapi tiada tindakan yang dilakukan. Yang ada hanya lah kluk-klek bahawa mereka akan mengubah dasar itu. Dan demo PPSMI ternyata telah menjadi "accelerator" kepada kerajaan bagi menyatakan pendiriannya.
Tapi bagi saya, ISA tidak pun harus di buang sama sekali dari akta di Malaysia. Yang ada mungkin hanyalah pindaan bagi mengelakkan daripada penyalahgunaan kuasa Kerajaan Pusat bagi menghalang sebarang tentangan oleh seteru politik mereka. Ini adalah kerana tujuan utama ISA di gubal bagi mengelakkan sebarang tentang subversive dari pihak-pihak yang tidak bertamadun seperti komunis. Tapi yang mengejutkan, tahanan yang paling ramai di Kem Tahanan di Kemunting terdiri dari orang Melayu sendiri, yang rata-rata mempunyai pendidikan agama yang tinggi.
Yang saya ingin ingatkan bahawa, demonstrasi ISA itu tidak sama sekali bertujuan untuk menimbulkan kekacauan dan itu adalah satu tuduhan berat yang dilontar bertalu-talu oleh media kerajaan. Walhal, itu adalah semata-mata demonstrasi aman dan kacau-bilau hanya terjadi apabila anggota FRU menyuraikan para peserta. Demo itu juga adalah satu cara untuk rakyat meluahkan perasaan akibat corong-corong lain yang nyata berjaya disekat oleh kerajaan.
Tetapi, tidak mustahil juga anggota FRU memang diarahkan untuk mengkucar-kacirkan suasana, dan segala tuduhan kepada kekalutan itu sudah tentulah jatuh di atas kepala pengajur demo itu. Jika tidak, nanti penganjur akan mendapat nama pula kerana berjaya mengadakan demonstrasi secara aman. Dapat pula satu kredit kepada PR.
FRU hanya menjalankan tugas, perhimpunan tidak mempunyai permit adalah salah.. adalah wajar tindakan FRU untuk menyuraikan perhimpunan sebelum apa2 peristiwa yg tak di ingini berlaku.. Jangan tunggu benda dah jadi baru nak bertindak, nanti org ckap polis tak efficient dan tak menjalankn kerja lak.. adoi susah jugak jadi pihak berkuasa ek.. tp syabas utk FRU kerana cepat bertindak. kalo nak tunggu diorg balik sendiri memang lambat la, tambah pulak dengan ucapan berapi-api pihak penganjur boleh menaikkan semangat org muda yg cepat terpengaruh. ISA bukn sahaja utk komunis. pada zaman darurat mmg komunis jadi sasaran ISA.. tp bila komunis abis ISA jadi tempat orang yg cuba menggugat keharmonian negara. kumpulan xtreme keagamaan yg dilihat boleh menimbulkan rasa tidak selamat rakyat berbilang kaum memang perlu ditahan, bukan orang Islam sahaja, HINDRAF pun dah kene..
Saya anggapkan begini. Jika kita berada di stadium sambil bersorak2 kepada pemain, dan anggota FRU duduk di kawasan padang mengawasi penonton. Jika penonton tidak melakukan keganasan, tiba-tiba FRU menyemburkan air dan memukul para penonton, kacau bilau tak?
Sewaktu perlawanan bola, ada jaminan tidak berlaku rusuhan? Jika tidak ada, mana mungkin FRU membuang masa berkawal di padang.
Tapi jika penonton sedang enak bersorak di padang, tiba-tiba FRU menyemburkan water canon dan memukul para penonton, akan kucar-kacirkah kawasan stadium itu?
Saya jamin anda sendiri pun akan bangun dari tempat duduk untuk menyelamatkan diri.
Sudah tentu juga kepada para demonstrasi ISA, demo itu sebenarnya adalah aman, tetapi yang mengkucar-kacirkan keadaan adalah FRU. Saya jamin jika FRU hanya mengawal keadaan dan tidak menyembur water canon atau menangkap para peserta, demo itu akan berlaku secara aman,bahkan kawasan penjaja di pasar di KL lebih laris dari biasa.
Dan berdasarkan kepada akta ISA, menurut akta ini, ISA berhak untuk menangkap tanpa bicara terhadap seseorang yang dituduh selama 60 hari. Dan jika diluluskan oleh Menteri KDN (sekarang Datuk Hishamuddin b Tun Hussein), mereka boleh ditahan selama sehingga 2 tahun. Tanpa bicara. Bayangkan, tanpa bicara sheikh.
Kalaulah anda semua sokong, tiba-tiba abang anda kena tangkap, tanpa bicara, tak tahu kenapa,kena seksa untuk mengaku kesalahan yang mungkin langsung tidak dilakukan, kena pula 2 tahun, dengan alasan mengganggu ketenteraman negara (entah betul, entah tidak), saya berani jamin, anda semua pun pasti mengamuk. Jadi, tolong fikirkan orang lain yang telah teraniaya.
Akta ini tidak menjadi zalim kalau ada bicara. Tak ada masalah langsung. Tapi masalahnya yang macam saya kata tadi, TANPA BICARA.
“O believers! be steadfast before God, witness in justice” (5: 8). Muslims are constantly reminded that “My Lord hath commanded justice” (7: 29) and that “You should be kind to them and act justly towards them” (60: 8)