Kelantan yakin isu royalti minyak selesai sebelum raya
4 Ogos 2008 Berita Harian
TUMPAT: Kerajaan Kelantan yakin tuntutannya mendapatkan bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat akan dapat diselesaikan sebelum Aidilfitri pada September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.
"Kita yakin kerajaan pusat dapat membayar tuntutan kerajaan negeri selewat-lewatnya hujung September ini," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pelepasan rombongan kerajaan negeri untuk membuat tinjauan ke pelantar minyak Cakerawala di Geting, dekat sini, hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Rombongan itu disertai ahli Exco kerajaan negeri dan Ahli Parlimen termasuk dari luar Kelantan.
"Kita akan serahkan wang bayaran itu kepada rakyat mengikut kehendak dan kemahuan mereka," katanya.
Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melawat Kelantan dilaporkan sebagai berkata isu pembayaran minyak kepada kerajaan negeri Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion masih di peringkat kajian. - Bernama
_____________________________________________________________________________________
Sewaktu kerajaan BN Terengganu menuntut balik wang royalti minyak, kerajaan pusat nampaknya tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukan perkara tersebut. Tetapi kenapa Kelantan lama sangat? Masalah pertikaian?
Dahulu pun sewaktu PAS memerintah Terengganu, negeri Terengganu juga dipertikai kerana dakwa kerajaan Pusat, telaga minyak di Terengganu semuanya berada di luar pesisir pantai negeri Terengganu. Dan tindakan PAS yang memuji kerajaan Pusat kerana mengembalikan royalti minyak menunjukkan parti tersebut tidak berdendam kerana royalti tersebut ditarik sejurus selepas PAS memenangi pilihanraya di negeri tersebut.
Kita dapat lihat disini bahawa rakyat kita masih belum matang dalam berpolitik. Kita beranggapan bahawa kerajaan pusat adalah BN, dan apabila negeri-negeri di Malaysia diperintah oleh pembangkang, kita beranggapan bahawa negeri-negeri tersebut sudah tidak layak mendapat bantuan dari kerajaan pusat.
Tidak hairan apabila diadakan pilihanraya kecil (PRK), BN tanpa segan dan silu melakukan banyak projek-projek pembangunan dengan menggunakan duit kerajaan pusat, yang hasilnya datang dari duit cukai rakyat dari seluruh negara. Dan apabila ditanya, projek itu sememangnya telah dirancang sebelum PRK lagi. Tapi, bila kalah, diam. Tak ada lagi jambatan baru, tak ada lagi askar-askar yang dikerah untuk melakukan pembaikan di kawasan itu, tak ada lagi atap-atap baru untuk rakyat.
Lihatlah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Tidak ada pertikaian mengenai bantuan kerajaan, walaupun di sesetengah tempat ada yang dimenangi oleh Parti Demokratic, dan sesetengah dari Parti Republican.
Walaupun begitu aku tetap rasa, BN akan menang di Kelantan jika terus ikhlas dalam membantu rakyat dan menganggap bahawa dia adalah kerajaan Pusat, bukan kerajaan Barisan Nasional. Sangat memalukan apabila ada sebuah projek pengubahsuaian hospital, terdapat papan tanda "Projek Kerajaan Barisan Nasional" walhal wang yang digunakan adalah dari wang kerajaan pusat, duit rakyat, bukan dari tabung bendahari Parti Barisan Nasional. Dan perkara ini memang tidak dapat disangkal pun oleh ahli-ahli Parti Barisan Nasional.
P/S : Kenapa blog aku banyak sangat cerita pasal politik ni? Jawapannya; Suka hati akulah. aku punya blog.hahahaha

Catat Ulasan