Budak-budak berlari

10 malam terakhir dah pun sampai. Tapi masjid macam biasalah, draf makin jatuh. orang makin hilang. Biasalah tu. Kita bukan macam di negara-negara arab. Bila sudah sampai 10 malam terakhir, makin ramai pula pengunjung masjid.

Tadi waktu aku baru lepas tarawih, aku tengok budak-budak yang berlari di belakang masjid, di luar dari dewan masjid. Aku tiba-tiba terfikir, perlukah kita yang sudah tua ni(dah tua eh?) memarahi budak-budak itu untuk duduk diam-diam?

Kalau aku, aku tidak berani. Bukan kerana takut di herdik budak-budak ni (ala, budak-budak ni aku sekeh je) tapi aku bimbang nanti kalau di marah, terus mereka tawar hati untuk datang ke masjid lagi.

Jadi,bila ada budak berlari-lari di luar masjid, biarkan saja. Mana tahu, mereka pula yang jadi imam dan bilal satu hari nanti.
0 Responses