Hantu




Aku suka tengok cerita hantu. Tapi cerita hantu mesti ada segi moralnya. Nampaknya negara kita tidak kalah dalam menghasilkan cerita-cerita seram sebegini. Walaupun ada ditunjukkan mengenai hantu penanggal yang mengganggu orang kampung, tapi diselitkan juga satu penyelesaian yang benar, iaitu Ad-deen atau Islam. Hantu-hantu yang wujud di dalam cerita seram di Malaysia dikaitkan dengan terhadap pemujaan terhadap perkara-perkara khurafat dan syirik, dan sudah tentunya tunjang utama permainan hantu ini adalah jin dan syaitan laknatullah.

Berbeza pula dengan cerita seram dari negara-negara sekular, dan tidak terkecuali juga cerita hantu dari Indonesia, ternyata cerita seramnya sikit sekali memberikan pengajaran dari segi moral atau spiritual. Hantu telah dimomokkan boleh membunuh manusia dengan kejamnya, sehingga tiada siapa yang mampu mengalahkan hantu tersebut. Penonton telah disogokkan dengan hantu yang tinggi kuasanya, dan sehingga ke akhir cerita sekalipun, hantu itu telah berjaya membunuh berpuluh-puluh manusia tanpa penyelesaiannya.

Dan ada juga ditunjukkan, selepas berlaku kemalangan jalan raya, terus sahaja roh itu menjadi hantu dan mengganggu manusia. Dan ini ternyata jauh sekali dari nilai-nilai suci agama Islam. Islam ternyata tidak langsung mengiktiraf hantu, sebaliknya itu semua adalah mainan jin dan syaitan. Dan roh orang mati berada di alam lain iaitu di alam barzakh, dan sudah tentunya mustahil bagi roh-roh tersebut menjelma dan mengganggu orang lain di atas dunia, kecuali dengan izin Allah s.w.t.
Hairan juga dengan negara yang Islamnya ternyata sangat maju dari negara kita, suara muftinya hampir tidak berharga.

Ya,walaupun negara kita hendak menjadi negara Islam secara total seperti jauh panggang dari api, dari segi keadaan dan situasi, sekurang-kurangnya kita sedang bergerak ke situ.

Sebab itu bila melihat sahaja cerita seram dari seberang sana atau negara-negara barat, cepat sahaja aku tutup. Bahan picisan, langsung tak ada faedah mental dan rohani.
1 Response
  1. Aisyah Says:

    aku takut hantu!!!!!
    sejak g maktab banyak tau kes2 histeria.
    lagilah aku takut