The memory remained





Bila duduk sibuk bekerja dibulan puasa ni, tiba-tiba saja memori pasal sekolah datang balik. Oh, bestnya sekolah. Lagi-lagi kenangan bila di bulan puasa.

Masa di Kolej Islam, iaitu masa aku tingkatan 4 dan 5, memang bulan Ramadhan dinanti-nanti pelajar. Sebabnya, hanya pada bulan tu sajalah kami dibenarkan oleh warden-warden untuk pergi ke pasar ramadhan di Kg Jawa, tak jauh dari sekolah aku. Sebenarnya, dalam minggu pertama saja aku beli makanan, minggu kedua tu aku berjalan berlenggang, tak beli apa-apa pun. Sebab bajet sudah lari, jadi cuma saja-saja keluar untuk ambil angin.

Masuk tingkatan 5, biasalah, budaya fly di Kolej Islam memang tak boleh dipertikaikan. Tak hairan mat-mat buku pun pernah fly, sebab asrama kami yang terletak di seberang jalan, dan kurangnya kawalan dari warden, memudahkan kami untuk tahan bas dan cabut. Tapi alhamdulillah, tak pernah pun kantoi, mungkin sebab aku tak buat benda-benda jahat, jadi Allah sayangkan aku.heheheh

Nak dijadikan cerita, malam tu giliran aku untuk fly keluar beli makanan sahur. Mahu tak mahu terpaksa aku pergi. Sebenarnya kedai makan, Kedai Wak Kanang, letak betul-betul di sebelah asrama aku.Tapi yang memisahkan kami hanya sungai yang sangat kurang bersihnya(selalu aku tengok biawak air syok berenang-renang). Jadi, kalau nak kirim dari pintu pagar, memang tak bolehlah, sebab takkan abang tu nak datang dari seberang sana.

Jadi, kerana keheroan aku, aku dengan selamba pergi ke pintu kecil sebelah pondok jaga untuk menuju ke kedai makan tu. Bila aku nak bukak pagar tu, rupa-rupanya ada mangga yang berkunci. Adui, selalunya clear je. Jarang berkunci. Aku memegang kunci mangga tu sambil membelek-belek kot-kot boleh dibuka, tapi ternyata hampa. Tiba-tiba, aku tersilap lepas kunci mangga tu kuat-kuat. Apa lagi, "gedegang" bunyinya. Aku dah mula kalut. Tiba-tiba pondok jaga yang tadinya gelap, jadi terang. Maka keluarlah jaga sekolah aku yang agak kurang muda.

Tiba-tiba je jaga tu dah ada kat depan aku. Bila masa dia datang, aku pun dah lupa. Mungkin sebab aku dah kaku, takut, jadi tak sedar jaga datang. "Hah, nak kemana malam-malam nie?" tanya jaga tu sambil menggenyeh-genyeh mata. Mungkin baru bangun tidur. Tiba-tiba, aku dengan tak malunya kata, "Nak kuar jap pakcik, nak keluar beli makanan jap, nak buat sahur." Aku pun tak tahu macamana aku boleh kata macam tu. Keberanian aku memang terserlah dan tak boleh dipertikaikan lagi masa tu. "Oo, jap-jap, aku ambik kunci, nak bukak pintu ni," kata pakcik tu sambil masuk semula ke dalam pondok jaganya. Selepas saja pakcik tu buka pintu, pakcik tu nasihat, "Kau cepat-cepat sikit keluar, nampak ngan warden nanti."

"Beress," kata aku dan terus keluar.

Dan sampai sekarang aku pun tak percaya pak cik jaga tu boleh benarkan aku keluar tengah-tengah malam, pukul 1 pagi pulak tu.

Bila difikir-fikirkan balik, walau aku tidaklah begitu enjoy di Kolej Islam, tapi KISAS tetap dihati aku. Fastakimu kama umirta.
2 Responses
  1. Aisyah Says:

    kesiannya sekolah KISAS..kalu duk naim hari2 bleh g bazar ramadan.hehhemu poso ko harini???


  2. Mocha Ghost Says:

    tapi jauh better kisas dari tangok. aku tak pernah pegang pun pagar sekolah tu, sebab sekolah tangok besar sangat.hehehe.

    posa la aishah. tak boleh raya la kalo tak poso