Fuh, baru balik dari pasar borong Wakaf Che Yeh. Jalan raya tak payah cakap. Memang sesak betul. Nak cari parking, faham-faham sajalah. Tapi berkat ke'terer'an aku, jumpa juga parking. Hehehehe.
Memang malam ni meriah betul. Tengok jam sudah 1.30 pagi, tapi masih ramai yang baru masuk. Dekat dalam, memang ramai orang sampai berhimpit-himpit. Rezeki orang lelaki. Hehehe.
Aku sebenarnya tertarik dengan kedai tudung di sana. Berebut-rebut kaum-kaum hawa memilih tudung, macamlah tudung tu tinggal satu. Baguslah, perkembangan yang membanggakan. Dan aku rasa, dalam hal ini, pelakon Wardina memang memberikan jasa yang cukup besar terhadap perkembangan pemakaian tudung di kalangan wanita Islam di Malaysia.
Dahulu, pemakaian tudung tidak ada style, hanya dicekak di bawah leher dan dibiarkan jatuh atau disempang kiri kanan mendedahkan dada. Dan ada juga tudung yang semacam skaf. Tapi, sejak Wardina memakai tudung dan memperkenalkan versi tudungnya yang lebih "berseni" tapi masih labuh menutup dada, wanita-wanita Islam Malaysia mula membuka mata. Rupa-rupanya tudung juga boleh dijadikan fesyen. Walaupun ada unsur tabarruj di situ, tapi sekurang-kurangnya kesedaran telah ada.
Selepas itu, keluarlah versi tudung yang bermacam-macam, tudung Helizalah, tudung Ekin, sehinggakan Mawi dan Datuk K yang lelaki pun ada tudung sendiri. Publisiti memang macam-macam. Tapi, aku lihat, sudah ada unsur yang tidak sihat. Tiba-tiba keluar tudung Siti Nurhaliza.
Adui, sakitnya mata aku menengok. Tudung dipakai, tapi hanya disangkut ditengah, sampai keluar jambul. Anak-anak gadis yang tercari-cari identiti, mula mengikut. Tidak dapat dinafikan, sememangnya Siti Nurhaliza bersalah dalam hal ini. Beliau patut sedar dia merupakan selebriti dimana fesyennya diikuti, dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Sudahlah kebanyakan gadis Islam di Malaysia tidak begitu menghayati tudung sebagai ibadah, sebaliknya sebagai fesyen semata. Kalau tidak, manakan mungkin golongan wanita bertudung flip flop, sekejap ada, sekejap tak ada.
Apa-apa pun, aku nak kongsi satu video klip lagu raya baru persembahan dari Hujan dan Raihan-Salam aidilfitri ayah dan bonda. Memang syok dan menusuk kalbu, serta rancak. Klik sahaja video di atas. Layannnnn
P/S:Nampaknya, raya ni, bolehlah kita tengok ramai perempuan jadi Geng Joe Jambul.
herm........first tyme in my life after 20 years old...i went to wakaf che yeh....ala2 petaling street upenye yer...cume beza semangat kelate....
satu dialog yang saye dengar
mari pakat beli sekut, 3 1o ya, kekoh hancur...
menarik!!
paling best dengar orang jual buah pauh.
dialognya camni,
"oh my God, Oh my God, manisnya buah pauh nie".
"tolong2 che wooo, tolong, manisnya buah pauh nie,".
sampai berair-air mata dengar