Maniskah mulut lelaki?




Masa hari raya hari tu, sempat aku pergi rumah kawan ni. Memang sudah lama kenal, tapi jarang jumpa. Tak apalah, yang penting persahabatan tu kekal.

Sedang duduk di meja sambil makan laksa perak (yang sangat enak itu) tiba-tiba emak kawan aku ni buat keluar bab orang lelaki. Katanya orang lelaki ni bukan macam perempuan, kalau perempuan, mahu dekat seorang lelaki, bagai nak rak. Bak kata, rela ku serah jiwa dan ragalah kiranya. Tak macam lelaki, mereka lebih fleksibal, kalau melepas pun, paling lama pun termenung 2 minggu, lepas tu ok balik. Dan lagi, lelaki ni selalunya mulut manis. Aku yang tengah sedap minum teh, rasa nak tercekik jugalah. Sebagai seorang lelaki mestilah aku terasa. Terfikir pula aku. Betul ke hanya lelaki yang mulut manis?

Bila difikir-fikir memang betul pun. Orang perempuan ni, kalau tak suka dekat seorang lagi ni, susah sangat nak ditegurnya. Macam nak tercabut nyawa. Kalau boleh, tak mahu jumpa pun di mana-mana, hatta di dalam tandas sekalipun.

Habis, orang lelaki pula macamana?
Aku tengok orang lelaki ni, mereka lebih suka memendam rasa. Lebih suka menyamar suka walaupun tak suka. Orang lelaki, walaupun tak suka dengan rakan ni, boleh saja tegur-menegur walaupun hati tak sudi. Senang cerita, mulut kata lain, hati kata lain. Jadi, adakah ini termasuk dalam kategori hipokrit? Wallahua'lam. Tapi rasanya, lelaki ni lebih suka tak ambil pusing benda-benda remah. Lagipun banyak lagi benda yang nak difikir dari bermasam-masam muka.

Dengan perempuan, lagilah kena pandai maniskan mulut. Ingat orang perempuan nak ke kalau orang lelaki cakap terus terang. "Eh, kau ni gemuklah. Kau ni masak tak sedap la. Baju kau tak cantiklah hari ni."

Kesimpulannya, walaupun orang perempuan mengata orang lelaki mulut manis, tapi sebenarnya mereka pun cari orang yang mulut manis. Titik.

P/s: kalau mulut tak manis, mana mungkin ada lelaki atas dunia boleh kahwin sampai empat.
2 Responses
  1. Aisyah Says:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

  2. Aisyah Says:

    alahai..laki mulut manis sememangnya membahagiakan...