Berat aku sudah menjunam

Dub dab dub dab bila timbang di penimbang tadi. takut prestasi tak seberapa. Bila di tengok-tengok, terkejut sarkas aku bila berat badan sudah turun 5kg.

Ha, nampaknya pengorbanan aku yang tak makan malam dalam 2 minggu ni sudah menunjukkan taring. Mungkin kalau aku tambah dengan jogging petang-petang, tak mustahil aku boleh turun 7kg dalam 2 minggu ni. Tapi jogging petang susah sangat bagi aku. Bila balik dari kerja, hati ingat nak berehat saja. Tapi, kalau hujung minggu jogging, tak ada masalah agaknya.

Walaupun dah turun berat, tapi otot sudah mula longgar. Mungkin sebab amalan sit up setiap hari dah aku tinggalkan.

Aku harap aku boleh bangun sebelum subuh dan jogging sejauh 5km setiap hari sebelum pergi kerja, supaya aku terus sihat dan cergas. boleh ke?

Penipuan Haram

Penipuan Jurutera Komputer

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.

Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.

Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-

* 1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

* 2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

* 3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

* 4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

* 5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.

Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah..

Bagi mereka yang berminat untuk menonton gelagat penipu komputer, SILA BUKA DI LINK BERIKUT . Ia disiarkan di beirta utama channel Five TV, United Kingdom.



Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

24 Julai 2009

CAfe 24jam


Penat sekali. Baru balik dari bandar untuk beli makan dan ambil duit. Aku rasa insaf. Jalan sungguh sesak. Aku terpaksa menyelit dalam keadaan yang agak samar-samar kerana hujan(memang sangat bahaya). Selepas ini aku tak mahu keluar di malam hujung minggu kecuali terpaksa,.

Semasa beli makanan tadi, akibat terpaksa tunggu lama dah hujan pula, aku order segelas teh tarik. Kepingin pula roti canai di kedai mamak itu. Tapi oleh kerana keazamanku untuk berhenti mengambil makan malam, aku batalkan niat. Bukan senang nak turunkan 6kg.

Aku terkira-kira, semakin banyak kedai-kedai cafe di buka di Kelantan ni, banyak dan kebanyakan dibuka sehingga 24 jam. Mungkin kerana di negeri Kelantan ini, kelab-kelab hiburan dilarang sama sekali. Jadi, sebagai alternatif, cafe sebegini menjadi tempat berkumpul.

Sebenarnya sangat baik, kerana aku pasti, minum di kafe jauh lebih elok dari minum di kelab-kelab malam dan hiburan. Mungkin pergi ke kelab malam hanya untuk minum coke, tapi suasananya memang tidak positif. Perkara bangang sebenarnya membenarkan kelab-kelab hiburan beroperasi, tapi dalam masa yang sama untuk membendung kegiatan pelacuran dan maksiat.

Mungkin kenyataan aku agak kontroversi, tapi Bandaraya Kota Bharu memang patut jadi contoh kepada seluruh bandar di Malaysia.


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Jika sebelum ini jurufoto bertugas membuat liputan sesuatu acara dilihat berjalan-jalan ketika Negaraku dimainkan, amalan itu tidak lagi dibenarkan mulai Jumaat ini apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sudah tiba masanya bagi lagu kebangsaan itu mendapat penghormatan sewajarnya daripada semua rakyat.

"Ini penting kerana lagu kebangsaan sesebuah negara itu wajib dihormati oleh semua pihak. Apabila lagu Negaraku dimainkan, semua kena berdiri hormat, lagipun bukan lama kena berdiri, cuma kurang dari dua minit," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan Hari Kemerdekaan ke-50 di Dataran Merdeka hari ini.

Rais, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan Negara ke-50, berkata beliau akan membawa perkara itu ke mesyuarat kabinet minggu depan.

Terdahulu ketika berucap kepada lebih 24,000 peserta acara perbarisan itu, beliau meminta kerjasama wakil media, terutama jurufoto, supaya tidak berlegar-legar mengambil foto semasa lagu Negaraku dimainkan.

"Secara keseluruhannya saya berpuas hati. Namun beberapa perkara lagi perlu diberi perhatian, seperti peserta perlu mengukir senyuman," katanya.

Acara perbarisan itu yang akan bermula pada pukul 8 pagi pada 31 Ogos dijangka berlangsung selama dua jam.

Mengenai kempen mengibar "Jalur Gemilang", Rais berkata beliau belum berpuashati dengan sambutan rakyat kerana masih ramai pemilik kenderaan tidak mengibar bendera kebangsaan menjelang sambutan kemerdekaan kali ini.

"Kerajaan tak mengagihkan bendera itu kerana kita mahu lihat sama ada warga Malaysia akan menyahut cabaran (mengibarkan bendera) kerana sudah sampai masanya untuk mereka berbuat demikian.

"Lagipun, harga bendera murah antara RM1.80 hingga RM2 satu iaitu hampir sama dengan harga enam batang rokok," katanya.
--------------------------------------------------------------------------------------
Walaupun cerita ini sudah lama,tapi,Ya, aku sangat sokong perkara itu. Kerana aku sudah malu, malu kerana tidak ramai yang menghormati lagu NegaraKu. Berapa ramai orang yang sanggu berdiri tegak sewaktu lagu NegaraKu di corong pembesar suara. Aku pasti masih ramai yang masih selamba berborak dan tidak berdiri.

Tidak hairan, kerana waktu aku sekolah dahulu, sewaktu pelajar sedang menyanyi lagu Negaraku, masih ada cikgu-cikgu yang berjalan-jalan di tepi dewan seolah-olah tiada apa. Apa boleh buat, negara kita hanya sibuk berpolitik tapi tidak sibuk untuk menyemai semangat patriotisma di dalam diri setiap warganegara. Yang ada hanyalah kita disogokkan dengan unsur-unsur perkauman yang tidak berkesudahan.

Tapi paling menyedihkan, terdapat sekolah-sekolah agama yang tidak mahu menyanyikan lagu NegaraKu sewaktu perhimpunan. Apa, nyanyi lagu Negaraku itu lagha dan melalaikan serta mensyirikkan kah?

Pada masa ini, jika disoal dikalangan kita, berapa ramaikah yang menghafal Rukun Negara? Mungkin perkara bunyinya remeh, tapi Rukun Negara menunjukkan kepada aspirasi negara ke arah membentuk rakyat yang setia, patuh dan bersahsiah tinggi.

1) Percaya kepada Tuhan
2) Setia kepada Raja dan Negara
3) Keluhuran Perlembagaan
4) Kedaulatan Undang-undang
5) Kesopanan dan kesusilaan

Kasihan jika berpelajaran tinggi, belajar hingga ke universiti, tapi Rukun Negara ingat-ingat lupa pula.

Sekarang ni pun, nampaknya kita lagi marah kalau bendera parti "kesukaan" di bakar dari melihat Jalur Gemilang di perlakukan sedemikian.

Idolaku

Alhamdulillah, after pushing hard for this 5 days, now come the goodness, WEEKEND. Hahahah.

I should agree that I really miss my study time. The class, lecturers, cafe, friend, my ehem2, and not missing, my calm and cool college. After study for this whole of my life, I think maybe i should stop from taking any courses. Let the young people continue our journey. Maybe we should just work harder so that we can collect a lot of money to survive in this challenging world.

Then my memories appeared about late father, the best people that I ever met. He just an ordinary government officer, only able to finish his study in secondry school. But I just so proud how he continued his certificate in Al-QurĂ¡n Knowledge when he was 48 years old, and he managed to finish his certificate. I think maybe that was the end.

But, I was wrong. He then pursued the high diploma in Syariah. He was 54 when he entered his "new" class. He puts a lot of effort for his education. Some of his friend asked, for what purpose did he continue his study in that age?
Then my father said, taking the quote from Prophet Muhammad s.a.w, Grab the knowledge from kid until we die.

Then he got retired from government at 55. After that, he just spent whole days in public library to do his revision. He always brought his note book even in his car. While waiting for my mum having her hair cut, my father opened his book and just finish reading until my mum came.

Lastly, I was informed that my father got CGPA 3.80 for his diploma. We were so excited to hear that. Then he try to manage to further his study to bachelor level. But, Allah is The Most Powerful, he felt sick and suffered leukemia, which we were never expecting that. He did pass away a year after that. Then, I realized that he was really inspired me. May Allah bless U Papa.

65

Akhirnya semua berjalan seperti biasa. Tiada lagi cerita yang menyakitkan telinga di televisyen. Musim pilihanraya kadang-kadang boleh menyebabkan hati jadi muak, jadi jengkel, dengan pelbagai isu yang cuba dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Kepada pihak yang berjanji, seharusnya terus menunaikan janji mereka. Janji yang dimungkiri adalah antara sifat orang yang munafik.

Sememangnya mengejutkan kerana PAS hanya mendapat majoriti mudah iaitu sebanyak 65 majoriti. Bagi yang peka, ini adalah tanda atau signal bagi memberitahu kepada PAS supaya tidak terlalu selesa dalam kedudukan mereka. Orang Kelantan ini politiknya berbeza berbanding dengan negeri lain. Mereka bukan mengundi berdasarkan persepsi semata-mata.

Orang Kelantan terkenal dengan sifat mereka yang flip flop, yakni terkenal dengan sikap yang mampu melakukan perubahan kerajaan dalam hampir setiap PRU. Cuma sejak akhir-akhir ini PAS lebih mendominasi kerana dilihat mempunyai rekod yang lebih bersih dan meyakinkan.

Orang Kelantan mengundi lebih kepada peribadi seseorang pemimpin itu. Orang Kelantan suka kepada pemimpin yang Islamik walau diri sendiri tidakpun belajar agama tinggi.

Tapi jika dilihat pemimpin yang berada di atas sibuk bertelagah antara satu-sama lain, dengan tanpa ragu-ragu mereka akan mengundi pihak yang satu lagi. Mungkin pihak yang satu lagi dilihat agak kurang Islamik, tetapi jika PAS yang mengakui lebih Islamik berkelakuan seperti pihak yang satu lagi itu, lebih baik orang Kelantan memilih pihak yang kurang Islamik, sekurang-kurangnya dapat juga jambatan baru.

Manchester Urai



Semakin hari semakin panas. Masing-masing parti nampaknya gagah untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk membela penduduk di Manek Urai yang sebelum ini langsung tidak diketahui orang. Bangga betul orang Manek Urai, dulu dikatakan tinggal di ceruk hutan, tapi gambar mereka hari-hari masuk dalam televisyen.

Paling menarik bila TV3 menyiarkan tentang penyewa rumah yang menyewakan rumah mereka kepada krew TV3. Harga bagi 14 hari untuk tinggal di rumah itu berjumlah RM7000. Wah, aku yang tengah makan nasi di kedai tadi tiba-tiba tergelak, nasib baik tidak tersembur nasi. Bila di kira-kira, maknanya sehari tinggal di "hotel kayu" itu berjumlah RM500. Dengan air kolah warna ala-ala teh tarik mamak, yang mungkin tidak perlu di bayar kerana mungkin di tadah dari kawasan bukit sahaja, sememangnya penyewa yang tamak itu dapat durian runtuh. Itulah untungnya bila ada pilihanraya kecil di kawasan masing-masing. Tiba-tiba harga sewa dan harga makanan menjadi mahal. Harga roti canai di makan 4 orang sudah mencecah RM40.

Paling menarik bila ditunjuk dalam televisyen Pak-pak Menteri siap sanggup membonceng naik motor berarak dengan anak-anak muda di kawasan kampung, yang difikirkan rasanya tidak mungkin akan berlaku waktu bukan pilihanraya.

Dan banyak projek-projek yang sedia dijalankan di kawasan mengundi itu, tidak kiralah lampu jalan, jambatan, tadahan air walaupun dilihat agak menjengkelkan, tapi sudah terbukti keberkesanannya. Tidak hairan kerana kita sejak kecil lagi sudah dikelirukan di antara untuk membezakan antara kerajaan atau parti.

Hari selasa iaitu hari mengundi telah diumumkan cuti bagi seluruh negeri Kelantan (hairan pula kenapa hari mengundi tidak dilakukan pada hari hujung minggu, tapi bagus juga, tak payah kerja.hahaha). Aku berdoa semoga hari pengundian itu berjalan dengan baik. Bagi aku, kedua-dua calon ada kelebihan. Tapi, hanya orang Manek Urai sahaja tahu undi mereka untuk siapa.

Bak kata Datuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, "Rakyat Didahulukan, Manek Urai diutamakan".

PPSMI

PPSMI sudah jadi popular. Di dunia semua tertumpu kepada mendiang Michael Jackson, kita di Malaysia nampaknya lebih suka kepada isu PPSMI. Mungkin satu perkembangan yang baik. Selalu mendengar cerita artis, kadang-kadang boleh jadi kasihan. Sudah meninggal pun, sibuk mempertikai benda yang tak sudah-sudah. Pasal harta, anak-anak. Kasihan.

Balik semula kepada isu PPSMI. Keputusan kerajaan untuk membatalkan PPSMI ternyata mendapat reaksi pelbagai pihak. Bagi aku, mungkin ada sedikit lega.

Lega sebab budak-budak sekolah sekarang sudah boleh kenal apa sebenarnya itu digestion. Sebenarnya digestion tu percernaan. Pencernaan ialah satu proses untuk memproses sebuah zat, dalam rangka untuk mengubah secara kimia atau mekanik sesuatu zat menjadi nutrisi, untuk diserap oleh badan. Aku yakin ayat itu lebih senang difahami dari ayat "Digestion is the mechanical and chemical breaking down of fat into smaller components, to a form that can be absorbed, for instance, by a blood stream" bagi seorang kanak-kanak yang baru sahaja darjah 5, yang tinggal di luar bandar, serta sangat jarang menggunakan bahasa Inggeris di rumah.

Mungkin bagi seorang guru sains dan matematik, mereka sudah tidak perlu lagi pening kepala memikirkan bagaimana lagi nak menggunakan alat bantu mengajar supaya murid-murid lebih senang faham dengan menggunakan bahasa yang murid-murid susah nak faham.

Aku pernah dengar cerita dari kakak iparku yang mengajar Sains di sekolah rendah di luar bandar. Kasihan juga, sudah darjah 5 tapi masih ada yang tak boleh membaca dan menulis. Dan ada juga yang lagi pelik, tidak boleh menulis dengan betul tetapi menulis dengan terbalik. Kalau di eja perkataan "saya", maka ia menjadi "ayas" dengan hurufnya terbalik seperti dipantul dengan cermin.

Jadi, dalam situasi begitu, ditambah pula sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris, semakin kusut dan terbang tinggilah pemikiran si kanak-kanak itu waktu belajar di dalam kelas. Sudahlah menulis dan membaca pun tak boleh, belajar pula langsung tidak faham. Sedangkan kita tahu bahawa Sains dan Matematik itu menjadi pemacu kepada kemajuan teknologi di samping matapelajaran agama dan moral sebagai pembimbing.

Bagi aku, sudah lega hati kalau seorang budak kampung di ceruk Manek Urai, darjah 5, tidak tahu membaca dan manulis, tetapi bila ditanya apakah fotosintesis, "oh, tu pokok buat makanan tu". Daripada bila ditanya makna fotosintesis, pening, asyik tergaru-garu tak tahu binatang apakah fotosintesis itu sebab duduk termanggu-manggu sewaktu cikgu mengajar.

Tapi bagi aku, PPSMI wajar dilaksana sewaktu sekolah tingkatan 4 dan 5. Waktu itu pelajar sudah matang dan sudah ada asas-asas terma sains dan matematik dalam kepala mereka. Ini sebab di universiti mereka perlu belajar dalam bahasa inggeris dek kerana rujukan yang sangat banyaknya dalam bahasa inggeris.

Pernah dengar Tamadun Islam di zaman Umaiyyah, Abasiyyah dan Uthmaniah? Pernah dengar bagaimana mereka menterjemah pelbagai kajian sains dan matematik dari bahasa seluruh dunia, tak kira dari Yunani, India dan Cina ke bahasa Arab bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka dalam subjek tersebut. Ada kaitan dengan PPSMI? Banyak kaitannya.

darken heart


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ilmu oh Ilmu,
kenapalah engkau begitu degil,
masuklah dalam kepala ku,
cepat masuk,
tak elok duduk luar masa-masa ini.

Ilmu oh ilmu,
aku suka kamu,
tapi kenapa aku selalu lupa kamu,
walhal aku cinta sangat sama kamu.

Ilmu oh ilmu,
janganlah merajuk sayang,
akan aku dakap kamu seerat-eratnya,
takkan aku biar kamu pergi lagi,
jangan pergi dari aku ya!

*p/s : Aku sedang bingung. sudah banyak perkataan arab yang aku sudah lupa(sedangkan ilmu bahasa arab itu memang tidak banyak pun aku ada,huhuhuhu)

Kembar




Petang tadi aku dapat sms dari kawan ku, Shahrul Sazli. Dia menjemput aku pergi ke rumah sebab ada tahlil bagi arwah adiknya. Tergaru-garu juga kepala, sebab aku sangat tidak pakar dengan jalan-jalan di Pasir Puteh, kampung si Shahrul itu.

Tapi nasib baik sebab beberapa orang lagi kawan aku yang lain pun ingin ikut sekali dan sangat pakar dalam selok-belok jalan di Pasir Puteh (dah tu kampung kau, memanglah).

Sampai saja di sana, kebetulan majlis baru bermula. Syukurlah. Kalau tidak, malu betul kalau makan terus angkat pinggan dan makan.

Selepas selesai majlis tahlil, aku tengok muka Shahrul tenang saja. Mungkin kerana dia sudah dapat menerima takdir yang berlaku sebab arwah adiknya memang sudah lama menderita penyakit lelah(tetapi orang lelaki memang handal menyimpan perasaan).

Selepas majlis tahlil selesai, Shahrul bercerita mengenai arwah adik lelakinya yang berumur 10 tahun itu. Sebenarnya adiknya itu kembar, sepasang. Kembar siam atau tidak, wallahua'lam. Tak sempat pula aku nak tanya.

Adik kembarnya itu sangat rapat, dan menderita penyakit yang sama, iaitu asma. Punyalah rapat, sehingga kalau salah seorang yang asma, maka tidak lama selepas itu, si pasangan pula yang asma. Tengah-tengah malam pula, kalau salah seorang yang semput kerana asma, si adik ini akan mengejutkan pasangan kembarnya untuk mengambilkannya ubat tanpa mengejutkan orang lain walhal mereka tidur agak berjauhan. Maka bergegaslah si pasangan kembar ini mencari-cari ubat dan air di dapur untuk diberikan kepada pasangan kembarnya yang satu lagi. Dan begitu juga sebaliknya jika kembar yang satu lagi pula yang sakit. Dan semua itu berlaku hanya di antara mereka berdua, tanpa mengejutkan abang-abang lain yang tengah enak tido.

Tiba-tiba aku terfikir, selepas ini, jika si adik ini semput kerana asma pada tengah-tengah malam, mungkin si adik kembar itu tercari-cari kembarnya yang sudah pergi.

Dan tidak semena-menanya air mataku bergenang...

*Al-Fatihah kepada roh allahyarham adik Shahrul. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dengan golongan orang yang beriman. Insyallah.