PPSMI

PPSMI sudah jadi popular. Di dunia semua tertumpu kepada mendiang Michael Jackson, kita di Malaysia nampaknya lebih suka kepada isu PPSMI. Mungkin satu perkembangan yang baik. Selalu mendengar cerita artis, kadang-kadang boleh jadi kasihan. Sudah meninggal pun, sibuk mempertikai benda yang tak sudah-sudah. Pasal harta, anak-anak. Kasihan.

Balik semula kepada isu PPSMI. Keputusan kerajaan untuk membatalkan PPSMI ternyata mendapat reaksi pelbagai pihak. Bagi aku, mungkin ada sedikit lega.

Lega sebab budak-budak sekolah sekarang sudah boleh kenal apa sebenarnya itu digestion. Sebenarnya digestion tu percernaan. Pencernaan ialah satu proses untuk memproses sebuah zat, dalam rangka untuk mengubah secara kimia atau mekanik sesuatu zat menjadi nutrisi, untuk diserap oleh badan. Aku yakin ayat itu lebih senang difahami dari ayat "Digestion is the mechanical and chemical breaking down of fat into smaller components, to a form that can be absorbed, for instance, by a blood stream" bagi seorang kanak-kanak yang baru sahaja darjah 5, yang tinggal di luar bandar, serta sangat jarang menggunakan bahasa Inggeris di rumah.

Mungkin bagi seorang guru sains dan matematik, mereka sudah tidak perlu lagi pening kepala memikirkan bagaimana lagi nak menggunakan alat bantu mengajar supaya murid-murid lebih senang faham dengan menggunakan bahasa yang murid-murid susah nak faham.

Aku pernah dengar cerita dari kakak iparku yang mengajar Sains di sekolah rendah di luar bandar. Kasihan juga, sudah darjah 5 tapi masih ada yang tak boleh membaca dan menulis. Dan ada juga yang lagi pelik, tidak boleh menulis dengan betul tetapi menulis dengan terbalik. Kalau di eja perkataan "saya", maka ia menjadi "ayas" dengan hurufnya terbalik seperti dipantul dengan cermin.

Jadi, dalam situasi begitu, ditambah pula sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris, semakin kusut dan terbang tinggilah pemikiran si kanak-kanak itu waktu belajar di dalam kelas. Sudahlah menulis dan membaca pun tak boleh, belajar pula langsung tidak faham. Sedangkan kita tahu bahawa Sains dan Matematik itu menjadi pemacu kepada kemajuan teknologi di samping matapelajaran agama dan moral sebagai pembimbing.

Bagi aku, sudah lega hati kalau seorang budak kampung di ceruk Manek Urai, darjah 5, tidak tahu membaca dan manulis, tetapi bila ditanya apakah fotosintesis, "oh, tu pokok buat makanan tu". Daripada bila ditanya makna fotosintesis, pening, asyik tergaru-garu tak tahu binatang apakah fotosintesis itu sebab duduk termanggu-manggu sewaktu cikgu mengajar.

Tapi bagi aku, PPSMI wajar dilaksana sewaktu sekolah tingkatan 4 dan 5. Waktu itu pelajar sudah matang dan sudah ada asas-asas terma sains dan matematik dalam kepala mereka. Ini sebab di universiti mereka perlu belajar dalam bahasa inggeris dek kerana rujukan yang sangat banyaknya dalam bahasa inggeris.

Pernah dengar Tamadun Islam di zaman Umaiyyah, Abasiyyah dan Uthmaniah? Pernah dengar bagaimana mereka menterjemah pelbagai kajian sains dan matematik dari bahasa seluruh dunia, tak kira dari Yunani, India dan Cina ke bahasa Arab bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka dalam subjek tersebut. Ada kaitan dengan PPSMI? Banyak kaitannya.
6 Responses
  1. nadim89 Says:

    yeke?...sometimes la..tp bg ore y da blaja dlm english ni, it was not too hard to learn in english...kalau kita mulakan dengan pelajar tingkatan 4 dan 5, nadim rasa llebih baik mulakan dari tingkatan 1..pelajar sekarang sudah semakin pandai dan hidup semakin maju...banyak usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan ppsmi ni..tp apa pom, kita ikut je lah ap yang akan ditentukan nanti..yang pastinya kita kena belajar dan terus belajar...am i right, brother?...huhu


  2. Mocha Ghost Says:

    Ye, sangat betul. Tapi polisi PPSMI menyeluruh kepada semua ceruk di Malaysia. Nadim dah terkecuali la pasal Nadim belajar di sekolah kawalan. Kalau hendak dibikin juga PPSMI, hantar sahaja semua guru-guru terbaik ke luar bandar. Dibandar ni, bagi cikgu-cikgu biasa pun bolehhh. boleh ke?


  3. nadim89 Says:

    cadangan yang baik...huhu..tp ok je mansuhkan cz xramai cikgu y sanggup ke luar bandar...


  4. Pada pendapat sy..bila belajar sains dalam BI ni, jadi 2 kali kerja..otak pertama tukar dulu jadi bahasa Malaysia baru difahamkan oleh pelajar2x..

    Keputusan kerajaan memantapkan dahulu BI itu satu langkah yang baik...jika jurang prestasi murid bandar dan luar bandar semakin melebar...baik cegah sebelum parah...


  5. Mocha Ghost Says:

    PPSMI ini tujuannya elok, tapi perlaksanaannya sahaja yang terlalu tergopoh gapah.

    PPSMI mungkin berkesan kalau semua guru sains dan matematik boleh menggunakan bahasa inggeris dengan baik.

    dan para pelajar sekolah juga telah diterapkan dengan bahasa inggeris dengan semantap-mantap sebelum mula belajar sains dan matematik dalam BI. Tapi nampaknya situasi ni dah jadi seperti budak baru belajar merangkak tapi sudah dipaksa berlari.


  6. Aisyah Says:

    aku la orang paling bahagia.xyah nak ngajar2 in english.hahhaha sia2 kpm hantar 3 taun dtg sini