65

Akhirnya semua berjalan seperti biasa. Tiada lagi cerita yang menyakitkan telinga di televisyen. Musim pilihanraya kadang-kadang boleh menyebabkan hati jadi muak, jadi jengkel, dengan pelbagai isu yang cuba dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Kepada pihak yang berjanji, seharusnya terus menunaikan janji mereka. Janji yang dimungkiri adalah antara sifat orang yang munafik.

Sememangnya mengejutkan kerana PAS hanya mendapat majoriti mudah iaitu sebanyak 65 majoriti. Bagi yang peka, ini adalah tanda atau signal bagi memberitahu kepada PAS supaya tidak terlalu selesa dalam kedudukan mereka. Orang Kelantan ini politiknya berbeza berbanding dengan negeri lain. Mereka bukan mengundi berdasarkan persepsi semata-mata.

Orang Kelantan terkenal dengan sifat mereka yang flip flop, yakni terkenal dengan sikap yang mampu melakukan perubahan kerajaan dalam hampir setiap PRU. Cuma sejak akhir-akhir ini PAS lebih mendominasi kerana dilihat mempunyai rekod yang lebih bersih dan meyakinkan.

Orang Kelantan mengundi lebih kepada peribadi seseorang pemimpin itu. Orang Kelantan suka kepada pemimpin yang Islamik walau diri sendiri tidakpun belajar agama tinggi.

Tapi jika dilihat pemimpin yang berada di atas sibuk bertelagah antara satu-sama lain, dengan tanpa ragu-ragu mereka akan mengundi pihak yang satu lagi. Mungkin pihak yang satu lagi dilihat agak kurang Islamik, tetapi jika PAS yang mengakui lebih Islamik berkelakuan seperti pihak yang satu lagi itu, lebih baik orang Kelantan memilih pihak yang kurang Islamik, sekurang-kurangnya dapat juga jambatan baru.
0 Responses