Bertambah Kaya

"Abang, saya nak melabur dalam Public Mutual, boleh?" bersungguh-sungguh budak itu jumpa aku. Agak berkerut juga dahi sebab dia terus datang ke kaunter dan terus ingin melabur. Kalau tak, selalunya banyak juga ayat yang terpaksa keluar bagi "mengkayakan" orang tersebut.

Budak tu beria-ria nak membuka akaun dalam Unit Amanah yang aku cadangkan. Lagipun aku memang galakkan pelajar-pelajar untuk ambik Unit Amanah ini sebab harga pada waktu itu(Disember 2008) begitu rendah iaitu 14sen. Jadi dengan pelaburannya sebanyak RM1100, dia mendapat agak banyak juga unit. Tapi yang membuatkan aku kagum ialah dia telah membeli unit amanah yang berisiko tinggi iaitu Public China Ittikal. Unit itu masih baru, tetapi mempunyai potensi tinggi.Waktu itu saham jatuh agak teruk, maka harga unit amanah juga jatuh. Sehinggakan orang yang sudah bekerja pun takut hendak melabur, inikan pula seorang pelajar poly, yang tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan selain PTPtipu.

Sekarang bila aku tengok balik harga unit amanah tu, telah pun naik kepada 18sen. Bila dikira-kirakan balik, dia telah mendapat pulangan kira2 sebanyak 30% dan nilai pelaburan meningkat kepada RM1400 dlm masa kurang dari 6 bulan. Jauh lagi bagus dari Simpanan Tetap dalam bank biasa.Bertuahnya dia ni. Aku harapkan ekonomi kita terus meningkat dan pelaburan saham kita terus berkeadaan baik.

Aku bangga dengan kerja part time aku ni. Sebab aku tak perlu jual barang yang entah apa-apa, dan aku yakin pekerjaan aku ni memenuhi syarak. Tapi kasihan betul, dalam berita hari ini saja, ada 2 kes penipuan melibatkan duit berpuluh-puluh ribu. Tapi apa boleh buat, orang itu sendiri yang sanggup "mendermakan" duit kepada skim pelaburan yang mengarut, pejabat tiada, orangnya tidak pernah jumpa tapi transfer sehingga RM20,000 kepada orang yang tak dikenali melalui ATM. Kata orang tua-tua, "Orang tamak selalu rugi".
4 Responses
  1. Aisyah Says:

    aduilaa...mung sendiri melabur ko x?kalo boleh dipercayai aku pun mau.hahhaha


  2. Mocha Ghost Says:

    mesti la. nak promote kat orang lain, kena la melabur dulu. contact la aku ye?


  3. Aisyah Says:

    nanti aku balik kita kasi bincang juga.bereh???


  4. Mocha Ghost Says:

    bereh.wat balik 500 ps. convert ke RM pastu invest.hehehe