Siapa-siapa yang sekolah agama mesti setuju dengan kata-kata ku ni. Masa persembahan kepada guru dalam mana-mana majlis, hanya ada satu saja persembahan nyanyian yang biasanya boleh di tunjukkan; nasyid. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin sebab sejenis itu sahaja persembahan yang pada dikatakan memenuhi dari segi syarak.
Bagi yang kepala yang tak masuk angin dengan nasyid, masa tu adalah waktu tidur yang paling baik selepas tidur lewat berborak dengan kawan-kawan di dalam dorm. Bagi yang mat-mat surau atau pelajar pompuan, memang tu sangat dinantikan. Sebabnya jarang sebenarnya budak perempuan yang tak suka persembahan nasyid. Sampai tangannnya diangkat, dihayun-hayun, nak amik feel agaknya.hehehehe.
Macam aku, lebih fleksibal. Tengok kalau muzik dia menarik, layan juga tengok, tapi selalunya time tu aku gunakan dengan berborak dengan kawan-kawan sebelah, sebabnya masa tu, muzik tu sangat kuat, sampai cikgu disiplin pun tak dengar kalau kami berborak walau tergelak sakan sekalipun.
Walau sudah tukar ke Kolej Islam pun, tetap sama. Nasyid tetap menjadi pilihan utama dalam persembahan nyanyian. Sehinggalah satu minggu, Pengetua kami membenarkan kami menubuhkan satu kumpulan dikir barat. Aku dan kawan-kawan yang dah lama tak berdikir ni apa lagi, terus setuju.Dan hampir tiap-tiap majlis, kami diminta untuk membuat persembahan dikir barat. Pelajar-pelajar pun kebanyakan sebenar lebih suka dikir barat sebab waktu sekolah menengah rendah dulu pun, kebanyakan persembahan nyanyian di sekolah mereka pun, nasyid sahaja yang ada.
Bagi kami yang kepala susah nak masuk tarbiyah (banyak lagha) ini, sudah terbayang-bayang bila masuk universiti nanti, kami sudah tak layan lagi lagu-lagu nasyid ini. Kami mahu dengar lagu-lagu rock, lagu-lagu keras. Kami mahu persembahan yang ada band,ada gitar, ada dram.
Tapi, benda yang belum jadi siapa yang tahu, bila masuk ke matrikulasi, masa tu agak cultural shock. Layan lagu inggeris saja yang dipasang. Lagu melayu ni kami tong sampahkan sahaja kecuali lagu-lagu underground.
Bila masuk tahun pertama di Universiti, selera sudah berubah. Masih ada lagu inggeris, tapi kebanyak sudah bertukar selera ke lagu Melayu. Mungkin kerana masa tu sudah jumpa lagu-lagu melayu yang berirama Ska, sebelum ini tidak ada.
Tapi bila mula tahun ke tiga di universiti, sudah bosan melayan lagu Melayu yang jiwang-jiwang karat. Waktu itu lagu-lagu indie mula tumbuh. Seronok melayan lagu Indie sehingga sekarang susah kalau tidak dengar walau sehari. Tapi hairan, dari situ aku sudah mula berhenti dengar lagu-lagu yang bunga-bunga yang ke arah hubungan antara dua jantina. Suatu hari, tidak tersengaja,terpasang lagu nasyid yang sudah lama tidak buka. Tiba-tiba rasa tertarik pula dengan lagu-lagu nasyid. Tapi lagu nasyid yang aku minat sudah ditolak yang jiwang-jiwanglah. Inteam, Hijjaz aku tidak berapa suka. Aku lebih suka dengar lagu nasyid dari kumpulan Raihan, Rabbani dan Brothers. Sehinggalah sekarang aku hanya dengar lagu Indie dan Nasyid, dan tambah sedikit lagu Indonesia. Betul orang kata, bila sudah asyik dengar lagu nasyid, walaupun tidak suka, lama-lama layan jugak. Bak kata Farah Fauzana. Layannnnn Zasssss
P/S : Macam skema plak post aku kali ni ek?
hahahahh aku sekolah dulu suka dengar in-team.hahahha aku nak tulis pon xsanggup.kasih kekasih.hahahha loni suka dengar org ngaji quran jah.hahhahhaha
wah....bro!!
kite same la ...
skunk dah lame xlayan nasyid...
ntah la mungkin nasyid skunk cam x nasyid kowt...
Puteri:Kasih Kekasih?hahahaha.xheran la.Masa tu bdak pmpuan mana yang tak suka. Aku mengurut kepala je la dengar lagu tu. Tensen. Dengar isabella pun best.wahahahah
Faizah, mmg skarang susah nak dapat lagu nasyid2 yang best cam raihan n brother. Tapi ku skrg dgr lagu pun, sudah memilih2, xkira walaupun sedap mana pun, lirik tu biar tak teruk sgt. sebab tu kot aku dah jarang dgr inggeris, tapi still ada.
haha...
saya layan jerk sume lagu yang ade
tapi slalunye nak dekat exam jerk layan lagu
balik umah memg xlayan la
skunk xpayah tnye la sape kumpulan nasyid,saye xtau langsung
memang pun. kumpulan nasyid dah xbanyak kuar yang baru. lagipun kuar pun, xbest pun.wat jer macam Puteri, dengar orang mengaji. Insyallah, lagi dapat pahala.hehehe