Pagi tadi, lepas subuh, aku dengan gembira dan relanya terus terjun atas kerusi di ruang tamu. nak sambung tidur. Best betul (anak-anak jangan tiru aksi ini). Tengah duduk betul-betulkan bantal kecik yang aku jadikan bantal tu, tiba-tiba mama ku panggil dari dapur.
"Äiseh, pasal apa lak ni?" Pikir aku
Rupa-rupanya mama aku suruh aku belikan nasi berlauk untuk makan pagi. Waa, best tu. Aku pun dah lama tak makan nasi berlauk pagi-pagi. Sejak aku balik dari UUM, rasanya tak pernah lagi kot aku makan.
Lepas dah basuh-basuhkan muka dan betul-betulkan rambut (weh, tak mandi eh), aku terus pergi pasar yang sangatlah dekat dengan rumah aku. Selalunya di sekeliling pasar tu ada dijual kuih-kuih dan nasi berlauk. Jangan terkejut, orang cina pun ada juga beli nasi berlauk pagi-pagi tahu.
Sampai di satu kedai, stall sebenarnya, aku melihat-lihat lauk yang ada. Lauk ikan tongkol ada, ikan kecik ada, lauk ayam pun ada. Disebabkan aku dah bosan makan ayam hari-hari, aku terus order nasi lauk ikan tongkol. "Best ni," fikir aku. Sambil menunggu giliran, berkali-kali aku menelan air liur, terliur dengan nasi tu.
Tengah kakak tu siapkan order ku, tiba-tiba pak cik di sebelah kedai tu menjerit "Ya Allah". Semua orang tengok pak cik tu. Aku pun sama. Pak cik tu sampai tutup muka dia dengan tangan. "Hairan aku, takkanlah excited nak makan nasi sampai terkejut macam tu sekali," aku dengan memandai-mandainya membuat andaian yang tak berasas.
Rupa-rupanya ada seekor anak kucing yang tengah tergedik-gedik selepas di gilis sebuah van. Semua orang macam dah berkerut-kerut dahi. Aku pun sama. Semua orang terdiam. Kakak yang bising-bising tu pun tiba-tiba jadi diam. Kasihan melihat kucing tu agaknya.
Tiba-tiba pagi ni aku rasa down satu macam. Tapi lepas sambung tido sekejap dan bangun pukul 11pagi, rasa lega balik.hehe
aduhla..aku terbayang2.sedihnya.
orang yang gilis tu memang tak ada hati perut betul la.bukan tak nampak pon.nak nyumpah boleh??? nate sungguh
tu la.
masa dia gelek kucing tu, aku dh dgr bunyi krakkk. tp wat tak tau je.igtkn daun2 kayu ke.rupa2nya... May God bless u kitty
u have same story with mine on that day. On my way to class walking i was shocked to see a death kitten lying on the road. But I didn’t witness the accident.it was still fresh with severe head trauma and hemorrhage. Kasihan.
On my way to class, felt sad n thinking of that kitten. I cant do anything but pray may it rest in peace.
Love cat very much.